Sabtu, 3 Mac 2018

Wanita parah kereta terbalik selepas dirempuh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya terbalik selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda CRV di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Plaza Tol Batu Tiga awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Nursuha Ishak, 26, memandu kereta jenis PERODUA Kelisa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Azmel Kamarudin, berkata difahamkan pemandu Honda CRV dalam keadaan mabuk, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
"Mangsa terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam sementara menunggu kerja menyelamatkannya yang tersepit dalam kereta dilakukan.
 
"Dipercayai mangsa tercampak ke bahagian belakang kereta selepas dirempuh," katanya dipetik BH Online.
 
Azmel berkata, mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam selepas berjaya dikeluarkan.
 
Difahamkan ketika kejadian, ada dua kanak-kanak berada dalam kereta itu bersama mangsa, namun mereka berjaya dikeluarkan orang awam dan terus dibawa ambulans ke Hospital Shah Alam.
 
 

Tiada ulasan: