KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar bersama
Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt meninggalkan
parti yang didominasi kaum Cina itu berkuatkuasa hari ini.
Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan
semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan
Chenderiang.
Beliau dan 38 ahli DAP dari bahagian Tapah dan Kampar yang kemudiannya
menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan
hari ini.
Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima
tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan
dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ujar beliau, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja
bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana
Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
"Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh
pembangkang ekoran pelbagai tindakannya termasuk memenjarakan seorang
demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
"Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula
mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka
maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip,"
katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar disini hari ini
Terdahulu, Pengerusi PCM Bahagian Kampar, Yeong Kok Ping turut
menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada
itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan