Selasa, 6 Mac 2018

Terowong dasar laut: Datuk dibebas dengan jaminan RM370,000

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang direman bagi membantu siasatan kes projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang, dibebaskan hari ini.
 
Majistret Khir Nizam Jemari memerintahkan lelaki berumur 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 dan seorang penjamin.
 
Pada Sabtu lalu, lelaki itu direman selama empat hari selepas dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar ibu negara sehari sebelum itu.
 
Difahamkan, suspek didakwa menerima wang rasuah daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.
 
Syarikat itu dipercayai membayar wang RM3 juta kepada suspek menerusi empat transaksi pada tahun lalu.
 
 

Tiada ulasan: