IPOH: Pakatan harapan (PH) Perak mendakwa mereka sudah memuktamadkan
sepenuhnya pembahagian kerusi DUN untuk ditandingi pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14).
Setiausahanya, V Sivakumar, berkata pembahagian kesemua 59 kerusi DUN
antara parti pakatan itu dipersetujui kesemua pucuk kemimpinan parti dua
hari lalu.
"Kita sudah siap (pembahagian kerusi) 100 peratus, tidak timbul lagi
kata PH Perak bergolak atau timbul konflik dalam kalangan pakatan
pembangkang.
"Sudah selesai dua hari lalu, kita dah putuskan kerusi DUN mana (parti
dalam PH) akan bertanding, namun kita tak akan dedahkan buat masa ini,
biar dahulu," katanya pada sidang media mengenai Ceramah Perdana Jelajah
PH@Kamunting di Wisma DAP di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, PH Perak akan
terus bekerja keras untuk mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya
40 kerusi DUN pada PRU nanti.
Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN,
manakala pembangkang iaitu DAP (18), PKR (5) dan PAS (5). Bagaimanapun
satu daripada kerusi PAS kini disandang wakil Amanah.
Sebelum ini ada laporan menyebut kegagalan memuktamadkan jumlah agihan
kerusi di beberapa negeri termasuk Perak, Selangor dan Pulau Pinang yang
berkecamuk, menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli
terhadap keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat pakatan pembangkang.
Pembahagian kerusi PH di Perak kecoh selepas Amanah terpaksa mengorbankan kerusi kepada PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan