Khamis, 1 Mac 2018

Pendaftaran PH babit kedudukan PPBM - TPM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertindak profesional dalam mengendalikan isu pendaftaran Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP kerana perkara itu melibatkan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kedudukan PPBM.
 
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, penyelesaian terhadap permohonan pendaftaran PH tidak boleh mengenepikan isu PPBM begitu sahaja kerana parti itu merupakan komponen utama dalam pakatan parti-parti pembangkang tersebut.
 
“Sebagaimana yang diperjelaskan oleh Ketua Pengarah RoS, penelitian sedang dilakukan bukan sahaja terhadap permohonan (pendaftaran PH) itu tetapi juga aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli PPBM.
 
“Dengan PPBM merupakan parti komponen Pakatan Harapan, saya berpendapat RoS sedang berlaku adil dan menjalankan tanggungjawabnya secara profesional,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
 
Pada 21 Februari lalu, beberapa pemimpin parti-parti PH memfailkan saman terhadap RoS kerana mendakwa jabatan itu gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.
 
Bagaimanapun, pada 22 Februari lepas, kira-kira 1,000 ahli akar umbi dan bekas pemimpin kanan PPBM berhimpun di hadapan Ibu Pejabat RoS bagi mendesak tindakan terhadap PPBM yang melanggar perlembagaan parti itu sendiri serta pelbagai kepincangan dari segi salah laku.
 
 

Tiada ulasan: