HULU TERENGGANU: Seorang lelaki maut selepas Toyota Hilux yang dinaikinya terbabas lalu menjunam ke gaung sedalam tujuh meter.
Mohd Sabri Mohd, 38, mati pada 8.15 pagi ketika dalam perjalanan ke
hospital akibat cedera teruk di kepala dan badan, lapor Kosmo!.
Kejadian di Kilometer 391.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu
berikutan mangsa gagal mengawal kenderaan pacuan empat roda lalu
merempuh pembahagi jalan sebelum terjunam.
“Kemalangan itu berlaku dalam keadaan hujan renyai dan kesemua mangsa
dipercayai tercampak keluar dari kenderaan itu setelah terjunam ke dalam
gaung berkenaan,” kata ketua komander operasi bomba Kuala Berang.
Mohd Salleh Abdullah berkata dua lagi individu dalam kenderaan Rozita
Mohd, 26, dan Tengku Muhammad Ridhwan Tengku Rohaizak, 4, cedera.
Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan