Ahad, 25 Mac 2018

PPBM pertaruh Rais Hussin tawan kerusi Tapah

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PPBM akan menurunkan calon baru di kawasan pedalaman MIC di Tapah, Perak untuk menewaskan timbalan menteri selama dua penggal di situ.
 
Parti itu akan meletakkan pakar strategi utama parti Rais Hussin, yang dijangka bertanding menentang Timbalan Menteri Belia dan Sukan M. Saravanan, lapor TMI.
 
Tapah menjadi kerusi tradisional MIC. Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kini mempunyai tiga kerusi Parlimen - Tapah, Hulu Kelang di Selangor dan Segamat di Johor.
 
Perkembangan ini berlaku selepas dilaporkan ketua Pemuda PPBM yang berusia 24 tahun, Syed Saddiq Abdul Rahman akan menentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Razali Ibrahim di kerusi Parlimen Muar.
 
Tapah mempunyai 45,000 pengundi Melayu dengan jumlah 47%, diikuti oleh Cina (32%) dan India (20%). Terdapat juga 1% penduduk Orang Asli di kerusi separa luar bandar.
 
Saravanan memenangi Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam pertarungan empat penjuru yang melibatkan PKR, Berjasa dan calon bebas.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC (CWC) itu mengalahkan calon PKR K Vasanta Kumar dengan majoriti 7,927 undi.
 
 

Tiada ulasan: