Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke
himpunan antara mahzab di Tehran sepatutnya dilihat dari aspek peranan
umat Islam dalam menghentikan keganasan yang berlaku di Syria, tegas
timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Hadi pergi atas sifat keahliannya dalam KUIS dan dia sudah memaklumkan
kepada setiausaha agung KUIS. Program ni acara tahunan cuma Dr Yusuf
dan beberapa pimpinan lain boikot acara ni tetapi bagi Hadi dia rasa
penting untuk pergi sebab kalau semua boikot (jadi) siapa yang harus
memberi perhatian kepada isu ini?," soal beliau ketika dihubungi
Antarapos.
Tuan Ibrahim menyatakan, Hadi dalam ucapannya di Tehran menggesa agar
dihentikan keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam di Syria.
"Kalau kita boikot apakah kezaliman di Syria akan berhenti? Jawapannya
kezaliman itu akan terus berlaku, jadi kalau semua pihak boikot pertama
ia akan beri tekanan kepada Syria tetapi dalam waktu yang sama ada pihak
yang pergi bincang dan berunding, desak.
"Saya fikir pelbagai pihak perlu buat dalam pelbagai fokus, bukan hanya satu," ujar beliau.
Hadi sebelum ini berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan
anjuran kerajaan negara berkenaan yang kemudiannya dikecam beberapa
pihak termasuk tokoh agamawan terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi.
Yusuf termasuk beberapa agamawan di negara ini meyifatkan kunjungan
Hadi itu 'tidak kena pada masa' ketika Iran menjalankan jenayah kejam ke
atas rakyat di Aleppo, Syria.
Mengulas perkara itu, Tuan Ibrahim berkata kecaman itu timbul kerana
ada pihak yang hanya memberi perhatian kepada pertembungan Sunni-Syiah
dan tidak melihat kunjungan itu sebagai usaha untuk medesak kekejaman
itu dihentikan.
"Ia timbul kerana melihat kepada pertembungan antara Sunni dan Syiah
tetapi Tuan Guru Presiden melihat ini sebagai satu dalam politik
antarabangsa, di mana pertembungan Sunni-Syiah tu memang sengaja
diwujudkan kuasa-kuasa besar untuk menimbulkan suasana tidak tenteram di
negara umat Islam," jelas beliau.
Malah beliau mendakwa ada pihak terutamanya di Barat yang mahu mengalih
isu yang lebih besar berhubung tindakan Zionist-Israel terhadap
Palestin kepada pertembungan Sunni-Syiah.
No comments:
Post a Comment