shahbudindotcom
Momokan
Najib Razak tentang DAP akan menguasai kerajaan semakin disedari bahawa
ia semata-mata untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar terus
mengekalkan kuasa UMNO yang selanjutnya memastikan beliau kekal lagi
sebagai Perdana Menteri.
Hakikatnya,
Najib sedar penolakan rakyat semakin membuak-buak dan mereka hanya
menunggu masa saja untuk merealisasikannya di peti-peti undi.
Untuk
itu, beliau terpaksa bermain dengan sentimen perkauman yang melampau
dengan harapan pengundi Melayu akan takut tentang ancaman kepada masa
depan mereka.
Bagi
yang celik hati dan akalnya, mereka dengan mudah menolak momokan Najib
itu kerana DAP hanya bertanding 51 kerusi Parlimen saja dan lawan mereka
dalam pilihanraya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang juga merupakan
parti bukan Melayu.
Selain
di mana logiknya 51 kerusi mampu menguasai 222 kerusi, tentulah lebih
tidak masuk akal jika orang Melayu harus berasa bimbang tentang siapa
kalah atau menang di kerusi-kerusi tersebut.
DAP
tidak bertanding di kawasan Melayu seperti Pekan, Bagan Datoh, Pagoh
dan sebagainya. Di kerusi-kerusi Melayu di mana UMNO bertanding,
lawannya tetap Melayu juga sama ada daripada PPBM, PKR, Amanah atau Pas.
Jadi,
tiada jalan untuk DAP mengambil hak orang-orang Melayu. Di mana calon
Melayu UMNO yang kalah, pemenangnya tetap Melayu juga.
Maka,
sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai bangsa majoriti, bukan saja
Melayu akan terus menguasai kerajaan jika UMNO dan BN dapat dikalahkan,
malah calon Perdana Menteri juga tetap Melayu.
Presiden
PPBM, Muhyiddin Yassin telah mendapatkan perakuan hasil pertemuannya
dengan DAP bahawa parti itu bersetuju calon Perdana Menteri Pakatan
Harapan kiranya memenangi pilihnaraya adalah Melayu dan bukan daripada
DAP.
Justeru,
tambah Muhyiddin, tiada sebab untuk orang Melayu berasa bimbang atau
terancam jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.
Lim
Guan Eng turut mengesahkan bahawa DAP tidak pernah meminta seorang Cina
untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak juga berhasrat untuk menguasai
kerajaan.
Kami
tidak akan menguasai kerajaan jika BN dapat dikalahkan, tetapi akan
menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab, jelas Guan Eng yang
juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pendirian DAP itu tentunya atas kesedaran sebenar tentang negara ini dan komposisi kaum yang meletakkan Melayu sebagai majoriti.
Yang tersingkir jika UMNO kalah hanyalah Najib dan barisan kabinetnya saja. Yang lain-lain semuanya akan kekal seperti biasa.
Islam
sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
hak istimewa orang-orang Melayu akan kekal sebagaimana yang telah
termaktub dalam Perlembagaan.
Kedudukan
Raja-Raja Melayu juga kekal di takhta yang sama dengan penggiliran Yang
Dipertuan Agong setiap lima tahun tidak berubah seperti sedia ada.
Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan seluruh masjid di negeri-negeri akan turut kekal dengan laungan azan sebagaimana biasa.
Jawatan
Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha kementerian dan Setiausaha
Kerajaan Negeri dan lain-lain jawatan utama, semuanya akan kekal sama.
Malah,
jika mahu dihitung satu persatu, semua yang ada sekarang bukan saja
akan terus ada, ia mungkin juga ditambah baik lagi oleh kerajaan baru
nanti.
Sekali
lagi, yang ingin ditukar dan dibuang setelah UMNO dikalahkan hanyalah
Najib sebagai Perdana Menteri yang sebab-sebabnya sudah pun difahami
oleh kita semua serta barisan kabinet yang majoritinya jelas tidak
berguna, jauh sekali untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan
negara.
Yang
mahu diganti ialah Perdana Menteri yang tidak baik kepada Perdana
Menteri Melayu lain yang lebih baik. Tidak mungkin penggantinya nanti
begitu mudah mahu melakukan sesuatu yang tidak baik dan melampau kerana
sedar kuasa rakyat lebih mudah menurunkannya selepas itu.
Maka, orang Melayu jangan takut apa-apa dengan kalahnya UMNO dalam pilihanraya, bahkan seharusnya menjadi lebih gembira.
No comments:
Post a Comment