Rabu, 6 Jun 2018

Tommy perjuang tuntutan royalti petroleum

ASLANI M

 
 
KOTA BHARU: Peguam Negara, Tommy Thomas pernah bersama kerajaan Kelantan dan Terengganu bagi menuntut royalti petroleum yang dinafikan kerajaan pusat.
 
Presiden R Kelantan, Nazri Deraman berkata, pada 2001 Tommy bersama kerajaan PAS Terengganu membawa kes saman di mahkamah.
 
Katanya, pada 2010 Tommy Thomas dilantik pula kerajaan Kelantan bagi memfail tuntutan royalti petroleum di mahkamah.Nazri 
 
“Beliau mewakili Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengemukakan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos 2010. Perbicaraan kes itu masih berterusan sehingga hari ini,” katanya di sini. (Foto: Nazri menunjukkan dokumen tuntutan royalti Kelantan.) 
 
Nazri juga berkata, Malaysia memerlukan seorang Peguam Negara yang pakar, berani, berkelayakan dan berpengalaman menyelesaikan isu-isu penindasan seperti bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
 
Selain itu isu 1MDB, ketirisan projek-projek mega, rasuah berprofil tinggi dan pembunuhan berprofil tinggi
 
Oleh itu katanya, pelantikan Tommy memberikan harapan tinggi kepada rakyat Kelantan dan Terengganu untuk medapatkan hak mereka yang dinafikan sejak sekian lama.
 
“Isu royalti sangat kompleks untuk difahami dengan pelbagai alasan yang direka rejim BN sebelum ini. Tommy Thomas merupakan orang paling memahami dan menguasai isu tersebut,” ujarnya.
 
Beliau juga berharap semua pihak tidak mengapi-apikan sentimen perkauman di atas pelantikan Peguam Negara baharu.

“Perkara berkaitan teknikal wajib dilihat atas merit dan bukan perkauman sempit. Lagi pun hak-hak keistimewaan Melayu sudah terjamin dalam Perlembagaan,” katanya. HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: