SEPERTI yang diketahui,
PRU14 lalu menyaksikan tampuk pentadbiran Malaysia berubah kepada Blok
Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah
suatu ketika dahulu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4. Atas slogan
'Selamatkan Malaysia', Blok Pakatan Harapan telah berjaya memperolehi
sokongan rakyat dan akhirnya Barisan Nasional yang telah bertapak lebih
dari 60 tahun sebagai penerajui Malaysia, kecundang serta gagal
mempertahankan kemenangannya.
Walau bagaimanapun, tidak sampai sebulan
tempoh peralihan kuasa berkenaan, pelbagai perkara baru muncul yang
bukan sahaja mencemaskan malah menimbulkan tanda tanya rakyat apakah
hala tuju sebenar Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Ikuti
temubual wartawan Harakah Kedah, SARINA ISMAIL bersama Timbalan
Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, baru-baru ini berkenaan dua
isu terkini iaitu berkenaan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan Tabung Harapan Rakyat Malaysia.
HARAKAH:
Apakah pandangan Dato' berkenaan tindakan kerajaan berhubung isu Jakim
setelah ada desakan dari golongan liberal agar ia dimansuhkan?Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man : Fungsi dan
peranan Jakim sangat besar, selain menyelaraskan peraturan peringkat
negeri yang berkaitan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ia juga
telah berjaya mengangkat urusan halal haram berkenaan sumber makanan
dan mendapat pengikhrafan dunia. Kerajaan sewajarnya tidak melayan
tuntutan golongan Liberal yang mendesak agar JAKIM dibatalkan dengan
alasan bidang kuasanya di bawah Sultan dan untuk penjimatan kos kononnya
pembayar cukai bukan semuanya dari orang Islam sahaja.
Kerajaan seharusnya bertindak
memperkasakan lagi peranan Jakim dan berusaha melakukan penambaibaikan
sejajar dengan keputusan yang dibuat baru-baru ini untuk melantik satu
kumpulan terdiri dari golongan alim ulama untuk menyemak semula peranan
Jakim. PAS bersedia untuk membantu seandainya dijemput untuk berada
bersama-sama di dalam jawatankuasa yang akan dibentuk itu.
Adakah Dato' berpendapat
desakan yang dilakukan oleh golongan berkenaan kerana mengambil kira
sokongan mereka untuk kemenangan blok Pakatan Harapan pada PRU lalu?Sememamgnya mana-mana parti yang
mendapat undian tertinggi perlu mengambil kira akan tuntutan para
penyokong yang telah memberi sokongan sehingga beroleh kemenangan namun
bukanlah bermakna kerajaan perlu akur kepada semua tuntutan. Kerajaan
sewajarnya bertindak atas prinsip dan peruntukan Perlembagaan Negara.
Sebagai contoh, tindakan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal, menimbulkan
kemarahan umat Islam khususnya di sana apabila beliau mengishtiharkan
penambahan gereja dan elaun kepada paderi-paderi Kristian. Seharusnya
sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan,
beliau sewajarnya memperbanyakkan pembinaan masjid, surau dan sebagainya
dan membuat penilaian untuk memperkasakan lagi agama Islam di sana.
Sepertimana yang disebut oleh Tuan Guru
Presiden PAS sewaktu ditemubual oleh Astro Awani beberapa hari lalu,
seandainya ada walau pun sebesar zarah sekali pun Islam di hati mereka,
sewajarnya wajib keatas mereka mempertahankan Islam. Bagi PAS kita sedia
membantu melalui konsep Taawun berkaitan dasar-dasar yang akan dibuat
oleh kerajaan sekiranya tidak bercanggah dengan syarak. Konsep Taawun
ini sebenarnya satu pendekatan untuk memperkasakan Islam.
Apakah Dato' boleh mengatakan keyakinan terhadap hala tuju Islam yang cuba dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang?
Sebenarnya apa yang dibimbangi sebelum
ini, sudah mula nampak. Sebab faktor inilah PAS mengambil keputusan
tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Kita sendiri lihat, apabila menang
sahaja Pakatan Harapan, sudah mula ada desakan agar gugurkan status
agama dan bangsa di kad pengenalan, desakan agar Jakim ditutup dan
peranan Majlis Agama Islam dihadkan bidang kuasanya.
Golongan Liberal juga lantang mendesak
agar maknyah-maknyah tidak boleh ditangkap, orang yang membuat maksiat
di dalam bilik tidak boleh diganggu dan lain-lain yang mencabar
kewibawaan Islam. Golongan ini ada bersama Pakatan Harapan dan mereka
akan memperjuangkan hak-hak yang jelas bertentangan dengan Islam. Perlu
ada desakan dari umat Islam agar desakan seumpama itu dapat dibendung
dan PAS juga bersedia bertemu dengan kerajaan untuk membincangkan hal
ini.
Seharusnya apabila berlaku perubahan
kerajaan dalam ertikata menyelamatkan Malaysia, kerajaan sekarang
sewajarnya berperanan lebih baik dari kerajaan dahulu terutama dalam
mempertahankan hak-hak Islam.
Kesempatan ini juga Harakah ingin mendapatkan pandangan Dato' berkenaan pelaksanaan Tabung Harapan.Pelaksanaan tabung ini prinsipnya
positif kerana menggalakkan rakyat membuat amal dengan menderma dan
sebagainya tapi yang peliknya ia diujudkan kononnya meminta rakyat
membantu kerajaan mengangani masalah hutang negara. Kerajaan sekarang
menggambarkan bahawa hutang negara kini mencecah RM1.08 Trillion yang
menunjukkan negara hampir bangkrap kerana sudah hampir kepada 75 peratus
KDNK.
Tindakan seumpama itu seolah-olah negara
dalam keadaan kecemasan dan kesan negatif yang diterima mengakibatkan
index saham menjunam apabila para pelabur menarik diri. Secara
rasionalnya mana ada pelabur yang hendak melabur ke negara yang
menghadapi kedudukan sebegini. Namun, kita ambil contoh Greece walau pun
keadaannya bangrap namun tidak mewujudkan tabung sebegini dan tatkala
PAS mula mentadbir kelantan, hutang yang ditinggalkan oleh BN waktu tu
mencecah lebih dari RM300 juta tapi PAS tidak mewujudkan tabung untuk
meminta duit dari rakyat membantu kerajaan negeri.
Bagi saya, Tabung Harapan ini diwujudkan
cuma sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji manifesto dalam
tempoh 100 hari sepertimana yang diwar-warkan. Sebenarnya alasan tidak
ada duit atau hutang banyak tidak boleh dijadikan sebab kerana sebelum
merangka manifesto atau membuat tawaran sewajarnya merujuk kepada sumber
kewangan kerana kerajaan mempunyai maklumat berkenaannya. Bukannya
janji atau membuat tawaran tanpa mengkaji kedudukan kewangan negara
terlebih dahulu.
Untuk mengelak timbulnya implikasi yang tidak baik, jadi kepada yang ingin menyumbang dimasukkan kedalam tabung berkenaan dan beliau (Tuan Guru Nik Aziz) tidak mengambil tahu siapa dan berapa banyak yang disumbangkan.
Seperkara lagi, tindakan memotong elaun atau gaji telah pun diamalkan lama oleh Kerajaan Kelantan. Menteri Besar sendiri, hanya mengambil sedikit sahaja sebagai keperluan dan selebihnya semua dimasukkan ke Tabung Serambi Mekah.
Dalam hal ini kerajaan sekarang
seharusnya melihat kepada beberapa perkara iaitu antaranya apakah sumber
negara yang perlu dikembalikan dan hentikan program-programme mbazir.
Sekiranya mereka mendakwa dengan adanya penajaan RM40 juta untuk
perlawanan bola secara langsung boleh menghasilkan RM250 juta melalui
iklan-iklan. Kalau ini benar, rasanya tidak ada keperluan untuk
mewujudkan tabung namun kerajaan harus ingat siaran ini akan berlaku
persaingan dengan stesyen TV lain seperti Astro yang membeli sendiri
siaran terbabit.
Ada juga yang menyebut kaedah tabungan ini pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan iaitu Tabung Serambi Mekah.
Konsep Tabung Serambi Mekah berbeza
dengan Tabung Harapan ini. Tabung Serambi Mekah yang diwujudkan oleh
Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana waktu itu terdapat ramai
yang hendak menyumbang duit kepada Kerajaan kelantan yang terdiri dari
tauke-tauke besar dan ada di antaranya mempunyai kepentingan tertentu.
Untuk mengelak timbulnya implikasi yang tidak baik, jadi kepada yang ingin menyumbang dimasukkan kedalam tabung berkenaan dan beliau (Tuan Guru Nik Aziz) tidak mengambil tahu siapa dan berapa banyak yang disumbangkan.
Sementara itu Menteri Besar, Exco-exco
dan wakil rakyat kerajaan Kelantan juga menginfakkan gaji dan elaun
mereka ke tabung ini. Hasil tabungan ini berfungsi sebagai pemangkin
kebajikan rakyat dan berbeza dengan Tabung Harapan, minta rakyat tolong
kerajaan.
Seperkara lagi, tindakan memotong elaun atau gaji telah pun diamalkan lama oleh Kerajaan Kelantan. Menteri Besar sendiri, hanya mengambil sedikit sahaja sebagai keperluan dan selebihnya semua dimasukkan ke Tabung Serambi Mekah.
Adakah Dato' bersetuju bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Harapan ini untuk menggambarkan kelemahan kerajaan lalu?
Mungkin juga namun beberapa perkara
harus dilihat. Hutang sebenar negara ialah lebih kurang RM666 billion
yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Yang mengakibatkan melonjak sehingga
RM1.08 trillion itu kerana hutang syarikat yang dijamin oleh kerajaan
seperti 1MDB. Apa bila 1MDB gagal membayar hutang maka ia ditanggung
oleh kerajaan tapi bukan semua item yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
Sebab itu PAS mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk
menyiasat kes 1MDB ini kerana rakyat perlu tahu jumlah hutang negara
yang sebenar selain itu rakyat juga perlu tahu sumber-sumber yang ada
pada kerajaan untuk jaminan pulangan kepada negara.
Seperti contoh Petronas, bekas Perdana
Menteri lalu melalui laman sosialnya ada menyebut Petronas masih
mempunyai dana tersimpan sebanyak RM124 billion dan beliau mengharapkan
agar dana berkenaan tidak digunakan untuk membuat projek pembangunan
sepertimana beliau pernah lakukan dahulu. Dahulu dana Petronas digunakan
untuk projek pembinaan beberapa bangunan dan lumba kereta formula one
sehingga Petronas hilang daya saing di luar.
Selain itu apa yang berlaku ini
menunjukkan bahawa ada masalah di dalam Pakatan Harapan sendiri sehingga
tidak dapat tunaikan janji dalam tempoh 100 hari selain cabinet
kerajaan tidak dapat ditubuhkan keseluruhannya. Kita menyokong
membongkar penyelewengan pemimpin terdahulu namun beberapa perkara yang
menimbulkan implikasi buruk terhadap rakyat perlu difikirkan seperti
menutup beberapa agensi secara mengejut yang mengakibatkan kakitangan
hilang pekerjaan.
Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan
Terengganu, kita tidak memecat terus kakitangan lantikan politik. Mereka
boleh bekerja seperti biasa dan akan diberi notis sebulan selepas hari
raya ini. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mencari pekerjaan
lain.
Bukan semua agensi ditubuhkan atas
lantikan politik tetapi ada juga bersebabkan keperluan ketika itu.
Rakyat kini menanti janji-janji Pakatan Harapan namun mereka dilihat
seolah-olah bersifat dendam kepada orang tertentu. Rakyat terbeban
dengan janji yang belum tertunai dan terjebak pula dengan Tabung
Harapan.
Apakah pandangan dan harapan PAS?
PAS akan terus memfokuskan gerak
kerjanya sepanjang masa dan bukannya ketika pilihan raya sahaja. PAS
bukan sahaja parti politik tetapi juga badan dakwah dan tarbiyah.Kita
juga mengharapkan agar jawatankuasa pilihan raya hingga ke peringkat
MTD dikekalkan dahulu memandangkan keadaan sekarang masih tidak stabil.
Di Perak, Perlis dan Kedah keadaan masih belum stabil.Kemungkinan boleh
berlaku Pilihan raya Negeri (PRN) wala pun di Kedah, PAS telah
menawarkan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan masalah namun tidak
diterima. Kalau tidak ada jalan keluar, mungkin terpaksa berlaku PRN
walau pun sebaiknya kita tidak mahu ia berlaku kerana melibatkan kos dan
urusan-urusan lain yang berkaitan. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan