Isnin, 11 Jun 2018

TOLAK BUKA KEAHLIAN, UMNO MASIH KUAT- KU LI




Pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah tidak bersetuju dengan cadangan agar UMNO membuka keahlian parti itu kepada orang bukan Melayu selepas menyaksikan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sebaliknya bekas Naib Presiden UMNO itu menyifatkan bahawa parti itu masih kuat dan menerima sokongan pada orang Melayu.

Beliau berkata, meskipun keahliannya hanya untuk orang Melayu, namun UMNO bukan parti rasis dan memperjuangkan hak nasib rakyat berbilang kaum seperti mana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Beliau berkata, jika UMNO dianggap rasis kerana membuka keahlian untuk satu kaum, bagaimanapun pula dengan kewujudan DAP, PPBM yang dimonopoli oleh satu-satu kaum.

“Kamu boleh menambah satu atau dua orang bukan Melayu seperti yang dilakukan oleh sesetengah parti dan menjadikannya sebagai parti berbilang kaum, tetapi wajahnya masih tidak berbilang kaum.

“Saya boleh mengatakan bahawa saya seorang yang multiracial kerana saya pernah mempunyai isteri bukan Melayu, tetapi saya tidak ‘multiracial’ dalam erti kata itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan agar parti itu mempertimbangkan untuk membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia.

Ditanya mengenai sokongan bukan Melayu, Ku Li yakinan partinya mempunyai ramuan untuk meraih kembali sokongan terbabit.

Tengku Razaleigh ataupun lebih dikenali sebagai Ku Li turut memohon maaf bagi pihak dirinya kerana kegagalan UMNO membaca kehendak suara rakyat.

Sementara itu, mengulasa mengenai kekalahan BN dalam PRU lalu, Ku Li berkata kos sara hidup dan GST menjadi penyumbang utama kepada kekalahan itu.

Beliau berkata, faktor bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isu 1MDB adalah permainan persepsi yang dimanipulasi Pakatan Harapan (PH).


Tiada ulasan: