ISMA WEB
Perbincangan masih dijalankan dengan PAS, BN isu lantik Speaker
JERLUN
– Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak keperluan
mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dan yakin isu pelantikan Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diselesaikan sebelum 4 Julai ini.
Katanya,
pada masa ini perbincangan antara kerajaan negeri pimpinan Pakatan
Harapan (PH), PAS dan Barisan Nasional (BN) masih berjalan.
“Pada
pandangan saya semua pihak mungkin juga termasuk PAS lebih memilih untuk
tidak ada pilihan raya (PRN) kerana seperti mana saya nyatakan sebelum
ini pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada datang berjumpa dengan saya
menerangkan bahawa PRN tidak sama dengan PRU (Pilihan Raya Umum).
“…di pihak
SPR sahaja anggarannya RM18 juta (kos laksana PRN di Kedah yang ada 36
kerusi DUN), satu kos yang tak perlu dibelanjakan sekiranya kita dapat
elak PRN berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Baucar
Daging Raya 2018 di Taman Arowana di Ayer Hitam, Jerlun dekat sini, hari
ini.
Beliau
mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Sabtu lalu yang menjangkakan berlaku PRN di Kedah berikutan isu
pelantikan Speaker DUN belum selesai hingga kini.
Mukhriz
yang juga Pengerusi PH Kedah berkata, maklum balas yang diterimanya
menerusi perbincangan tidak rasmi bersama PAS dan BN turut menunjukkan
isu berkenaan bukan suatu perkara yang sukar untuk diatasi.
“Kita tak
sampai tahap tu. Saya tak ingat mereka (PAS dan BN) perlu berkeras. Itu
sebabnya pendekatan saya selama ini dengan memujuk mereka, untuk kita
sama-sama membangunkan negeri Kedah. Dalam kerajaan era baharu ini
hubungan antara kerajaan dengan pembangkang tak sama seperti dahulu,
kita mengiktiraf dan memperakui tugas dan tanggungjawab pembangkang,”
katanya.
Beliau
diyakinkan bahawa semua pihak yang terlibat dalam perbincangan itu
diberi mandat oleh pucuk pimpinan parti masing-masing, justeru, sebarang
kenyataan yang dibuat dalam perbincangan itu bukan sekadar ‘cakap
kosong’.
Wakil
rakyat Parlimen Jerlun itu berkata, antara perkara yang beliau tawarkan
kepada PAS dalam perbincangan tersebut ialah mengiktiraf peranan ketua
pembangkang dengan menyediakan kemudahan seperti pejabat dan kenderaan
rasmi.
Sementara
itu, Mukhriz berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bersetuju
agar peruntukan pembangunan DUN turut disalurkan kepada wakil rakyat
pembangkang. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan