Jumaat, 22 Jun 2018

Tiada kenyataan dari KP SPRM isu penyelewengan, rasuah Pas Kelantan

Manzaidi Mohd Amin

xMGF_SPRM-Bauksit002-681x454
Azam Baki


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mahupun Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Shukri Abdull tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan Pas Kelantan.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, pihaknya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Shukri dan agensi itu untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini.

“Tindakan itu dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpian Ketua Pesuruhjaya yang baharu.

Sehubungan itu, Azam menasihatkan orang ramai agar tidak menular berita yang tidak sahih dengan menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM kerana tindakan itu akan menjejaskan imej agensi berkenaan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: