Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekerja Bomba dan
Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) Kali Ke 35 Tahun 2020 di Dewan
Serbaguna Kompleks Kuarter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cheras,
Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI
KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Zuraida Kamaruddin sedia mengemukakan bukti dan memberi kerjasama penuh
sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan
siasatan terhadapnya berkenaan isu rundingan terus (RT) dua projek yang
didedahkan baru-baru ini.
“Semua ada dalam fail jadi sekiranya ada siasatan lanjut daripada SPRM dan sebagainya saya akan berikan dokumen.
“Jadi saya tidak mahu panjangkan kepada media, sekiranya ada
SPRM nak siasat tidak jadi masalah,” katanya ketika ditemui selepas
majlis pelancaran Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekerja Bomba dan
Penyelamat Malaysia (KOBOPEM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, beliau membuat kenyataan tidak
mengetahui tentang dua projek yang diluluskan menerusi RT berkemungkinan
kerana ia diluluskan semasa fasa awal pelantikkannya sebagai Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas Pakatan Harapan (PH) menubuhkan
kerajaan.
Tambahnya lagi, berdasarkan Peraturan Kewangan proses yang melibatkan
RT adalah di antara Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha KPKT.
“Peraturan Kewangan bila ada rundingan terus MOF dengan Pegawai
Pengawal, kalau KPKT pegawai Pengawal adalah KSU. Jadi pada tahap RT
memang komunikasi di antara MOF dengan KSU.
“Dalam masa itu saya tidak terlibat sebab saya baru lagi masa itu,” jelasnya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa mustahil Zuraida tidak mengetahui
tentang Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (PSPTB) yang diluluskan
secara rundingan terus.
Guan Eng semalam berkata sudah menjadi amalan sejak sekian lama,
kementerian yang bertanggungjawab akan membuat permohonan kepada
Kementerian Kewangan untuk mana-mana projek RT.
Ahli Parlimen Bagan itu turut menambah bahawa KSU KPKT
boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya permohonan dua projek
berkenaan dibuat tanpa pengetahuan Zuraida.
Untuk rekod, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz
mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion diluluskan secara
rundingan terus ketika pemerintahan PH.
Antara dalam senarai itu adalah dua projek di bawah KPKT yang Zuraida
juga sebagai menteri ketika itu, iaitu PSPTB bernilai RM170,294,400 dan
Sistem Perisian Perakaunan Century (RM501,206.37).- MalaysiaGazette
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil bercakap kepada media selepas
hadir ke program 2nd Malaysia Anti-Corruption forum dengan bertemakan
"Restoring Trust and Building a Culture of Integrity" di The Everly,
Putrajaya. foto MOHD ADZLAN,
PUTRAJAYA – Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh
menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai
asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan
kerajaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd
Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis
panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.
“Sebenarnya pegawai kerajaan pun kita ada garis panduan, tidak
boleh jadikan surat sokongan ini sebagai arahan asas untuk membuat
keputusan
“Kita sudah pernah keluarkan kenyataan bahawa siapa-siapa sama ada
menteri atau ahli politik yang hendak mengeluarkan kenyataan tiada
masalah.
“Cuma pihak kita sebagai penjawat awam tidak boleh menjadikan surat
sokongan itu sebagai asas membuat keputusan sebab kita keluarkan garis
panduan yang harus dipatuhi,” katanya.
Beliau ditanya mengenai insiden berkaitan pengeluaran surat sokongan
melibatkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.
Shamsun Bahrin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya kerana
berpendapat menteri berkaitan sudah memberikan penjelasan dan tidak mahu
mengeluarkan kenyataan bercanggah.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berucap di program 2nd
Malaysia Anti-Corruption forum dengan bertemakan “Restoring Trust and
Building a Culture of Integrity” di The Everly, Putrajaya. foto MOHD
ADZLAN,
Beliau terdahulu hadir mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM merasmikan Forum Anti-Rasuah Malaysia ke-2 2020 pagi tadi.
Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa syarikat atau
mana-mana organisasi berasaskan perniagaan tidak perlu risau dan panik
dengan adanya Sub Seksyen (5) Seksyen 17A,Akta SPRM 2009, yang
memastikan seorang menteri perlu mengeluarkan garis panduan berkaitan
‘Adequate Prosedures”.
Garis panduan kementerian “Adequate Procedures” dirangka untuk
membantu syarikat perniagaan memahami tentang “adequate procedures” yang
seharusnya diimplementasikan untuk mencegah perlakuan amalan rasuah
berkaitan aktiviti perniagaan selagi garis panduan pencegahan rasuah
menyeluruh diwujudkan.
Katanya satu SPRM sendiri terlibat dalam usaha menyediakan satu
senarai Adequate Prosedures yang membantu organisasi perniagaan
melaksanakan dalam pengurusan mereka mengelak amalan rasuah.
Ujar beliau, Garis panduan itu telah menyenaraikan lima prinsip
dikenali sebagai T.R.U.S.T iaitu T membawa maksud ‘T- Top Level
Commitment, R- Risk Assessment, U- Undertake Control Measures, S-
Systematic Review, Monitoring and Enforcement dan T- Training and
Communication.
“Ikhklas kata, saya merasakan syarikat dan organisasi komersial tidak
perlu risau atau panik selagi garis panduan pencegahan rasuah yang
memadai dan menyeluruh untuk dipatuhi.
“Garis panduan ini termasuk (tetapi tidak terhad) inisiatif seperti
Sistem Pengurusan Anti Rsuah (ABMS) ISO 37001, Pengurusan Risiko Rasuah
(CRM), Akuan Integriti Korporat 2.0, dan juga Akuan Bebas Rasuah dan
sebagainya.
“Prosedur boleh berubah dari organisasi komersial dan satu lagi
organisasi lain. Contohnya syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia
mungkin memiliki peruntukan dari segi kewangan dan modal insan dalam
mengadaptasikan garis panduan pencegahan rasuah secara komprehensif di
setiap organisasi sebagai perbandingan antara industri kecil dan
sederhana,” katanya lagi.
Bagi tujuan itu tegas beliau, adalah penting untuk memperkasa
semangat sistem perundangan baharu dengan perlu memahami objektif utama
atau fungsi peruntukan baharu undang undang untuk mempromosikan
pentadbiran yang baik dan organisasi perniagaan serta menekankan
pencegahan rasuah secara holistik.
Katanya, ia sangat penting kerana pentadbiran yang baik bukan hanya
mempromosikan ketelusan dalam urusniaga tetapi juga memainkan peranan
penting dalam memastikan kelestarian sesuatu perniagaan dan industri.
Jawab beliau lagi SPRM dalam usaha untuk membantu semua sektor
perniagaan melahirkan persekitaran perniagaan yang bersih yang mana
sedang membangunkan senarai yang mengandungi garis panduan yang
membimbing setiap organisasi korporat perniagaan tahu kaedah dalam
mencegah rasuah dalam pentadbiran mereka.
“Kita Seksyen 17(a) yang digunapakai sekarang sebenarnya telah
diambil dari Seksyen 7 Akta Rasuah United Kingdom jadi kita sedang
bangunkan ‘checklist’ yang apabila siap nanti syarikat boleh merujuk
kami.
“Ia akan mengandungi antaranya jenis dasar yang syarikat haru miliki ,
polisi penajajaan pemberian dan penerimaan dan sebagainya selain
mengambil input syarikat sendiri dalam menyediakan garis panduan cegah
rasuah kerana cegah rasuah melibatkan semua bukan bersandar pada SPRM
sahaja,” ujar beliau.
Katanya checklist berkenaan sudah dimuktamadkan cuma memerlukan
rundingan peringkat jawatankuasa yang akan membentangkan kepada
pengurusan tertinggi untuk kelulusan sebelum ia boleh digunakan semua
organisasi menbgikut keperluan mereka.
Bagaimanapun beliau secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju
dengan pelaksanaan dasar ‘tiada buah tangan’ dalam sektor korporat
perniagaan ketika ini.
“Saya tidak setuju kerana kita dalam budaya masyarakat di sini tiada
polisi sebegitu, contohnya kamu sebagai korporat amalkan dasar ‘no gift’
tetapi masih memberikan juga.
“Jadi dia seharusnya laksanakan gift policy tetapi mengikut prosedur
apa yang boleh dan tidak boleh misalnya memberi dan menerima jumlah wang
dalam bentuk dana yang mana harus disalurkan dalam akaun sesebuah parti
itu bukan peribadi yang mana perlu ada garis panduan dan telus,”
ujarnya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelaksanaan garis panduan
itu nanti mampu membantu negara memperbaiki kedudukan dalam Indeks
Persepsi Rasuah peringkat antarabangsa jika boleh mendapatkan 60 mata
menjelang 2023.
Kedudukan semasa negara dalam CPI adalah rnagking ke51 berbanding 61 tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas
ini di buat melalui undian Ahli Parlimen, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM,
Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata, ia telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.
Katanya, pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada Ahli Parlimen.
“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM),
ia juga perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu
sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri.
“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di
bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Azam berkata, pengambilan atau penamatan
pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.
Beliau berkata, kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik
dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan
kerajaan. – Bernama
Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki
berkata pihaknya sedang melihat dan mengkaji senarai syarikat menerima
projek berkenaan dan menilai sama ada terdapat unsur rasuah atau tidak
dalam rundingan itu
MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini
belum membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang
diluluskan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Ketua
Pesuruhjayanya Azam Baki.
Beliau berkata, pihak SPRM masih membuat analisis terhadap semua projek itu sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.
“Di bawah amalan Perbendaharaan, ada 3 kaedah untuk mengeluarkan
tender bagi sesuatu projek dan salah 1 adalah secara rundingan terus.
“Kita sekarang sedang melihat dan mengkaji senarai syarikat
yang menerima projek berkenaan dan menilai sama ada terdapat unsur
rasuah atau tidak dalam rundingan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena program cakna rasuah: SPRM bersama media zon selatan hari ini.
Pada 24 Ogos lalu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan
Rakyat mendedahkan pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22
bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61
bilion secara rundingan terus.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata sejak 2015 hingga Ogos 2020,
sebanyak 1,196 maklumat diterima SPRM Melaka berhubung rasuah dan salah
guna kuasa yang dilaporkan orang awam.
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 427 fail dibuka dan 119
penjawat awam ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan
menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh suapan.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mendedahkan banyak ketirisan atau rasuah berlaku dalam isu yang
berkaitan perolehan kerajaan.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, kalau sebelum ini
SPRM menumpukan kes melibatkan rasuah di ‘tepi jalan’ tetapi bermula
tahun 2015 hingga tahun ini -penguatkuasaan dan siasatan lebih tertumpu
kepada pegawai serta kakitangan yang bertugas di jabatan dan agensi
kerajaan.
“Isu perolehan ini, kalau kita tengok sejak kebelakangan ini di
mana pegawai kerajaan atau mereka yang bertugas di agensi yang
berkaitan dengan kerajaan, banyak menipu dalam hal perolehan kerajaan.
“Perbuatan seperti ini menyebabkan kehilangan duit yang begitu banyak,” katanya dalam bual bicara Dialog@Gegau menerusi siaran Melakafm hari ini.
Azam memberi contoh, kes rasuah yang berlaku di Sabah beberapa tahun
lalu di mana kerajaan telah mengeluarkan projek untuk bekalan air di
negeri itu sebanyak RM1.5 bilion.
Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan SPRM mendapati, kos projek
berkenaan tidak pun sampai separuh dari harga dinyatakan, menyebabkan
separuh lagi wang kerajaan hilang begitu sahaja akibat rasuah.
“Dalam kes ini, kita telah menangkap tiga pegawai kanan kerajaan,
yang kini sedang dalam perbicaraan dan merampas wang tunai sebanyak
RM114 juta. Lebih mengejutkan, kita juga jumpa sebanyak RM53.3 juta wang
tunai dalam rumah pegawai berkenaan.
“Di Melaka pun pernah seorang pegawai kerajaan berjawatan pengarah
telah melakukan rasuah akibat dari projek yang diberikan. Rasuah yang
diterima itu begitu banyak sehingga dalam kita menjumpai kira-kira RM60
juta tunai dalam rumah, yang diletakkan dalam siling dan sebagainya.
“Kes begini merupakan satu perkara yang amat merungsingkan kepada
kita terutama kepada saya sendiri sebagai penguatkuasa undang-undang,”
katanya.
Azam berkata, SPRM tetap mengamalkan ketelusan dalam menyiasat kes
berprofil tinggi seperti itu dan terus memaklumkan kpada masyarakat
supaya mereka tahu apa yang berlaku.
Katanya, mungkin ada suara nakal mengatakan mereka kadang-kadang tidak tahu apa sudah terjadi dengan siasatan pihaknya.
“Kita sentiasa memaklumkan perkara ini dalam media dan masyarakat
mengenai tangkapan demi tangkapan dan apakah hasil dari siasatan kami.
Ada yang dituduh dan ada yang tidak dituduh di mahkamah.
“Di Parlimen juga kami membekalkan maklumat kepada menteri undang-undang untuk menjawab.
“Jadi, tugas SPRM bukan sekadar penguatkuasaan undang-undang, kita
juga memaklumkan kepada masyarakat mengenai apa yang kita buat. Inilah
kehendak masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri
Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengeluarkan surat sokongan
melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan
terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz yang
mengeluarkan surat sokongan melantik anaknya sebagai ahli lembaga
pengarah Pharmaniaga Bhd.
Katanya, Ikmal bukan saja mengaku beliau menulis surat sokongan itu
malah mengakui tindakannya salah dan menarik balik surat berkenaan.
“Tindakan mengeluarkan surat sokongan bagi melantik anak sendiri,
sekali dengan persetujuan Ismail Sabri Yaakob (menteri kanan
pertahanan), jelas melanggar salah 1 kesalahan SPRM meminta rasuah atau
habuan.
“Jelas di sini bahawa sudah terlambat untuk Ikmal menafikan
tanggungjawab kerana beliau sudah pun melakukan tindakan mengeluarkan
surat sokongan tersebut untuk mendapatkan habuan bagi anak sendiri
dengan menyalahgunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri pertahanan.
“Malah, tindakan untuk mendapatkan habuan tersebut boleh dianggap
telah genap dan lengkap apabila Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan
Ikmal untuk melantik anaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Minggu lalu, tular surat sokongan Ikmal yang meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.
Lim berkata, tindakan Ikmal memberikan surat sokongan melantik
anaknya adalah gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang sedang
berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam surat Ikmal kepada menteri kanan itu, Ismail meminitkan kepada
pengerusi lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyatakan
persetujuannya melantik anak Ikmal sebagai pengarah Pharmaniaga.
Pemegang saham terbesar Pharmaniaga ialah Boustead Holdings. Manakala
LTAT merupakan pemegang saham terbesar Boustead Holdings dan juga
pemegang saham dalam Pharmaniaga.
Terdahulu, Ismail mengesahkan anak kepada timbalannya tidak dilantik sebagai sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.
Selain itu, beliau mengakui memberikan sokongan berhubung cadangan
pelantikan anak timbalannya itu untuk memegang jawatan berkenaan namun
menegaskan tidak mencampuri urusan pelantikan, sebaliknya menyerahkan
kepada syarikat tersebut untuk membuat keputusan.
SPRM
menggesa pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku
pada PRK Slim supaya menyalurkannya kepada agensi anti-rasuah itu atau
polis.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menafikan ia sedang menyiasat dakwaan sogokan pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, susulan penyebaran satu
kenyataan palsu.
Kenyataan palsu yang tersebar dalam talian itu mendakwa SPRM sedang
mengesan dan menyiasat individu yang menawarkan wang sogokan kepada
pengundi, selepas ia dikatakan menerima satu rakaman video pengundi
ditawarkan wang untuk mengundi Barisan Nasional pada PRK Slim.
SPRM dalam kenyataan hari ini sebaliknya menggesa pihak yang
mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku pada PRK Slim supaya
menyalurkannya kepada agensi anti-rasuah itu atau polis.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengesahkan telah menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau
perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Menurutnya, SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada
Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa
pemerintah kerajaan terdahulu.
Malah, satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama
ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
berhubung perkara ini.
Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang
kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan. –
MalaysiaGazette
Benarkah
lokap SPRM berhantu sebagaimana dakwaan bekas pengerusi Felda Mohd Isa
Abdul Samad yang berkata bekas pegawainya Zahid Md Arip memberitahunya
dia terlalu tertekan kerana diganggu ‘hantu’ ketika ditahan di sel SPRM.
Bagaimanapun,
bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Shukri Abdull menafikan dakwaan bahawa lokap agensi tersebut berhantu.
Menurut
Shukri yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di SPRM sebelum ini, dia
tidak pernah menerima cerita sedemikian mengenai lokap SPRM.
“Saya tak pernah terima laporan lokap SPRM berhantu sama ada dari pegawai SPRM atau orang luar,” kata Shukri kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai dakwaan tersebut.
Pada
17 Ogos, Isa dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
memberitahu pertemuan antara dirinya dengan Zahid dan beliau menegur
bekas pembantunya yang "kelihatan kurus."
Menurut Isa perjumpaan itu ketika beliau menziarahi keluarga bapa saudara Zahid yang meninggal dunia pada 2018.
"Saya bertanya khabar ...
"Dia kata semasa dalam tahanan reman ada macam-macam benda.
“Dia ditahan di bangunan lama SPRM, dia kata salah satu sel berhantu. Disebabkan ketakutan dan tertekan dia terpaksa ‘implicate’ (membabitkan) nama saya untuk melepaskan dirinya,” kata Isa.
Ketika
menjawab pemeriksaan utama oleh peguamnya, Salehuddin Saidin pada hari
pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah, Isa
yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata beliau ada meminta
Zahid membetulkan kenyataan yang mengaitkannya itu, namun perkara itu
tidak berlaku.
BEKAS setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada bekas menteri bersama
tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan
berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman kepada
kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini selepas mendengar permohonan
dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sumber berkata, wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang
mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya.
Menurut sumber, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Mereka ditahan pada 5.44 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Terdahulu, suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28
tahun tiba di perkarangan mahkamah pada 10.15 pagi dan memakai pakaian
lokap SPRM berwarna jingga.
Pada 27 Julai lalu media melaporkan, SPRM mendakwa seorang pemilik
syarikat atas tiga pertuduhan dan mempunyai kaitan dengan tender
pengiklanan berkenaan.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan
mengemukakan invois yang mengandungi butir matan palsu dan menggunakan
dokumen palsu berhubung Tender RFP- Global Advertising Agencies and
Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.
Sumber berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM semalam.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
seorang bekas pembantu kanan kepada bekas menteri pelancongan,
Mohamaddin Ketapi, kata sumber.
Menurut sumber itu, pihak berkuasa mencari individu berusia 29 tahun itu sejak 10 Jun lalu.
Difahamkan, suspek itu disiasat berhubung kes rasuah membabitkan
RM3.7 juta yang dibayar sebuah syarikat untuk mendapatkan projek
kementerian berkenaan.
“Dia menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM semalam dan ditahan,” kata
sumber itu sambil menambah suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret
untuk mendapatkan perintah reman.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya
ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas
lanjut.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
menahan seorang pengarah jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
kerana disyaki terlibat dalam sindiket melindungi premis-premis
perniagaan haram dan pusat perjudian.
Menurut sumber, penahanan ke atas pengarah berusia 59 tahun itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 10 pagi ini.
“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk
permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya di
sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad
Khusairi Yahaya, mengesahkan tangkapan ini tetapi enggan mengulas
lanjut. – UTUSAN ONLINE
Tiga suspek berusia 39 hingga 73 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM petang semalam. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
seorang bekas ahli lembaga pengarah dan 2 pengarah syarikat dalam kes
rasuah membabitkan projek pembalakan berjumlah lebih RM27 juta.
Suspek berusia 39 hingga 73 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM lewat petang semalam.
Menurut sumber, mereka disyaki mengambil dan menerima rasuah sehingga
RM3 juta berkaitan pemerolehan projek pembalakan di tanah seluas
6,591.67 ekar di sebuah daerah di Pahang pada 2015.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. Jika
sabit kesalahan, mereka mungkin dihukum penjara tidak lebih 20 tahun
dan denda 5 kali nilai suapan.
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya
ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas
lanjut.
Sumber berkata, hasil rasuah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai berusia 57 tahun itu. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka
menahan 2 pegawai polis, termasuk seorang ketua balai kerana disyaki
meminta dan menerima rasuah.
Menurut sumber, 2 pegawai dari Balai Polis Tenggara itu meminta
rasuah untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang ahli perniagaan
yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Suspek itu, termasuk ketua balai berusia 57 tahun, ditahan dalam serbuan malam tadi.
“Ketika serbuan, rasuah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai polis itu,” kata sumber.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Ketua SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika
dihubungi mengesahkan tangkapan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi agensi penguatkuasaan pertama
yang menggunakan pendekatan e-sukan (sukan elektronik) sebagai platform
dalam menyampaikan mesej anti-rasuah kepada masyarakat, menerusi
program ‘SPRM PUBG (player unknown battle ground) Mobile i-Challenge’.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, objektif program itu adalah untuk
mendekati golongan e-komuniti, yang berumur dalam lingkungan 12 tahun
hingga 60 tahun, untuk melihat mesej anti rasuah serta mendedahkan
masyarakat tentang fungsi dan peranan SPRM secara dalam talian, untuk
bersama-sama membanteras kegiatan rasuah.
“Kempen kesedaran
tentang keburukan jenayah rasuah perlu sentiasa mengikut trend atau
pembudayaan sosial semasa, agar pendekatan dan medium yang digunakan
sesuai dan tidak dipandang sepi oleh masyarakat,” katanya kepada media
selepas melancarkan program itu, di Putrajaya, hari ini.
Azam
berkata, penganjuran program berkenaan adalah bertepatan kerana
berdasarkan data SPRM, golongan tertinggi yang terlibat dalam perlakuan
rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, adalah mereka yang berumur
antara 40 hingga 50 tahun.
Selain
itu, katanya SPRM mengambil langkah proaktif mendekati golongan
e-komuniti, bagi menyebar luas mesej anti-rasuah melalui dalam talian,
bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang juga menyebabkan program
secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan, dalam skala yang besar.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Shamshun Baharin
Mohd Jamil berkata, program itu merupakan kerjasama antara SPRM dan
Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia yang bertujuan mendekatkan peserta
dengan SPRM secara maya, tentang aspek pencegahan rasuah.
Menurutnya,
antara paparan yang akan diketengahkan adalah tagline ‘Rasuah Dihina
Maruah Dibina’, setiap kali pementasan bagi setiap pemenang mengikut
siri yang telah ditetapkan logo SPRM, sepanjang perlawanan diadakan.
Pemenang
setiap siri juga akan dianugerahkan bintang berupa logo SPRM, pengulas
akan memberi ulasan bagi mendominasikan skrip berkaitan larangan
mengambil rasuah secara berulang kali, dan tempelan bergerak atas
inisiatif yang dijalankan SPRM, sepanjang perlawanan berlangsung.
Program
yang dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada peringkat
saringan pada 17 Ogos ini sehingga peringkat akhir pada 6 Sept, dijangka
menarik kira-kira 1.6 juta peminat e-sukan di seluruh negara serta
menawarkan jumlah keseluruhan hadiah sehingga RM9,000.-Bernama
Cyberjaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ketiga-tiga suspek yang bertugas MBSA cawangan Sungai Buloh itu
disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan premis perniagaan
haram.
Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.
Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, jam 9 pagi tadi.
SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang
diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen
perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan
lanjut.
Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau
dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada
penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.
Tambah sumber, penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah
antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan. Ini
termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa
lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di
tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.
Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan
maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Ini
menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui
awal oleh peniaga-peniaga haram ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan kutipan rasuah secara sindiket itu di kalangan anggota penguatkuasa.
Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut
berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil
memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan
dilindungi sepenuhnya.
Siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua
yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah
seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Cyberjaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ketiga-tiga suspek yang bertugas MBSA cawangan Sungai Buloh itu
disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan premis perniagaan
haram.
Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.
Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, jam 9 pagi tadi.
SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang
diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen
perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan
lanjut.
Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau
dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada
penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.
Tambah sumber, penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah
antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan. Ini
termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa
lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di
tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.
Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan
maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Ini
menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui
awal oleh peniaga-peniaga haram ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan kutipan rasuah secara sindiket itu di kalangan anggota penguatkuasa.
Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut
berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil
memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan
dilindungi sepenuhnya.
Siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua
yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah
seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Azam ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis
Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM
Putrajaya, hari ini.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan kes perjudian dan
penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Selangor.
Bagaimanapun,
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan agensi
penguat kuasa yang berkemungkinan ditahan itu.
"Saya jangka ada lagi tangkapan dan saya ucap terima kasih kepada pemberi maklumat yang berani tampil.
"Saya
minta semua sabar dan di peringkat kami akan menjalankan penguatkuasaan
di bawah bidang kuasa kami," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu
Pejabat SPRM Putrajaya, di sini hari ini.
Azam berkata demikian
susulan pihaknya menahan tiga pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
yang dipercayai melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di
Sungai Buloh, Selangor.
Menjawab pertanyaan sama ada terdapat
kawasan lain yang turut didedahkan berkaitan kegiatan sedemikian, beliau
berkata, perkara itu tidak dinafikan.
"Saya tak nafikan yang
kami terima maklumat dari seluruh negara berhubung kawasan perjudian
atau rumah urut dan sebagainya yang dilindungi pihak berkuasa. Dalam
kita nak siasat rasuah ini, kita perlukan bukti dan keterangan saksi,"
katanya.
Dalam pada itu, beliau juga ingin menyatakan bahawa SPRM
sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal
pasti kawasan terlibat.
"Mana-mana yang berada di bawah bidang kuasa polis, kita
serahkan kepada polis untuk tindakan. Untuk kami, kami melihat dalam isu
rasuah sahaja," katanya.
Ahmad
Khusairi Yahaya berkata, JIPS akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM, jika ada anggota atau pegawai polis yang terbabit dalam
sindiket perjudian haram di Sungai Buloh.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan
memfokuskan anggota penguatkuasa yang menerima rasuah untuk melindungi
premis perjudian di sekitar Sungai Buloh, susulan penyebaran klip video
di media sosial hujung minggu lalu mendakwa pihak berkuasa terbabit
dalam sindiket perjudian haram.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya
berkata, beliau sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya untuk membincangkan
isu itu pagi ini.
“Beliau memaklumkan JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis
perjudian, termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti
perjudian tersebut kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa polis,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, JIPS akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM, jika ada anggota atau pegawai polis yang terlibat.
Beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kepada
SPRM, bukan menghebahkannya di media sosial kerana ia tidak akan
membantu proses siasatan, sebaliknya memberi peluang kepada pihak
terlibat menghapuskan bukti.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya
menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
sebelum membawanya ke mahkamah.
Mengulas kritikan susulan
penangkapan Lim, Azam berkata keputusan untuk menangkap seorang suspek
bergantung pada budi bicara pegawai penyiasat, dan diperuntukkan di
bawah undang-undang.
Jelasnya lagi, Lim juga bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap dan ditahan semalaman oleh agensi tersebut.
"Jadi tak timbul masalah di mana kita macam, flight risk tidak
ada isu ini satu perkara adalah tindakan budi bicara pegawai penyiasat
dan kita perlu hormati lah dan sekiranya ada mana-mana pihak rasa tak
puas hati, saya persilakan buat aduan di mana-mana atau bawa ke
mahkamah," katanya petang tadi.
Malaysiakini menghubungi
Azam untuk mendapatkan maklum balas beliau mengenai kritikan yang
dilemparkan terhadap SPRM kerana menangkap bekas menteri kewangan itu.
Antara
yang mengecam penangkapan Lim ialah anaknya Marcus dan Ahli Parlimen
DAP Teresa Kok, yang menyifatkannya sebagai bermotifkan politik.
Ahli
Parlimen Klang Charles Santiago dalam satu kenyataan menyebut penahanan
Lim semalam sebagai penahanan yang "berniat jahat dan bertujuan
menyekat pembangkang."
Azam menegaskan SPRM telah mengambil
tindakan yang sama dalam kes yang melibatkan ahli politik lain, termasuk
bekas perdana menteri Najib Razak.
"Dalam kes Lim Guan Eng ini,
keputusan pegawai penyiasat (IO) kena dihormati. Tiada masalah apa-apa
dan ini bukan kali pertama seorang pemimpin politik ditahan.
"Sebelum
ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Zahid, Datuk Seri
Azeez dan beberapa lagi yang ditahan dan esok dituduh di mahkamah,"
jelas beliau.
Azam menjelaskan agensi itu telah menggunakan budi
bicara ketika memanggilnya ke SPRM kerana beliau perlu hadir sidang
Dewan Rakyat semalam.
"Dan untuk kes LGE, untuk pengetahuan
semua, pegawai penyiasat saya dan beliau telah setuju beliau datang,
sepatutnya 3 petang tapi menghormati beliau ada sesi parlimen, maka kita
telah benarkan dia habiskan sesi parlimen dan beliau berjanji datang
lepas sesi parlimen selesai," katanya lagi.
Pagi tadi, Lim didakwa
di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan berkaitan
projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion itu.
Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan serta dibebaskan dengan ikat jamin.
PETALING JAYA: Betty Chew, isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng, dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata sumber.
Menurut sumber, Chew baru sahaja ditahan manakala Phang ditahan semalam.
Belum dapat dipastikan kes apa yang menyebabkan penahanan itu tetapi
difahamkan siasatan SPRM berkaitan salah guna kuasa dan pengubahan wang.
“Chew, Phang, dan Lim akan didakwa bersama pada Selasa,” kata sumber.
Terdahulu, Chew berada di pejabat SPRM di Jalan Northam pada 10.50 pagi tadi bersama peguamnya, Lee Khai.
Peguam Lim, RSN Rayer dan SPRM belum respon kepada permintaan untuk komen mereka.