Jumaat, 1 Jun 2018

TH : PENDEPOSIT TIDAK AKTIF DIASINGKAN




Akaun pendeposit yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh tahun akan dipindahkan ke kumpulan tidak aktif bermula 9 Jun 2018.

Memaklumkan perkara itu Lembaga Tabung Haji (TH) berkata akaun-akaun tersebut tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.

“Inisiatif pengelasan Akaun Tidak Aktif ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akan pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan.

“Setakat ini TH telah mengenalpasti hampir 500,000 akaun pendeposit TH yang tidak aktif dengan jumlah simpanan RM62.8 juta,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya para pendeposit boleh mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya melakukan satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang dimana-mana cawangan TH.

Kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan buat boleh dibuat urusan simpanan di pelbagai saluran agen kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara.

“TH ingin menasihatkan para pendeposit membuat pengemaskinian profil sepeti alamat no telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji bagi urusan surat penghantaran tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris,” ujarnya lagi.


Tiada ulasan: