Jumaat, 15 Jun 2018

Ribuan orang ke rumah terbuka Najib di Pekan

 
Bekas perdana menteri itu berharap kehadiran Syawal kali ini mampu merapatkan kembali silaturrahim semua rakyat Malaysia yang mula renggang pada PRU14.
 
 
 
Najib ceria melayan pengunjung di rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya Sri Kenangan di Pekan. (Gambar Facebook)


PEKAN: Lebih 3,000 tetamu menghadiri rumah terbuka bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Sri Kenangan, di sini.
Sebelum ini, beliau yang juga ahli Parlimen Pekan itu mengadakan rumah terbuka hari raya pertama di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta ia hanya diadakan di sini selepas minggu ke-2 Syawal.

“Hari Raya kali ini memang berbeza sedikit dengan sebelum ini sebab saya tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan, namun kita perlu teruskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin kepada mereka yang memberi kepercayaan kepada kita,” katanya pada majlis itu hari ini.

Beliau berharap kehadiran Syawal kali ini mampu merapatkan kembali silaturrahim semua rakyat Malaysia yang mula renggang pada pilihan raya umum ke-14 lepas, berikutan kata-kata yang mungkin mengguris perasaan sepanjang kempen berlangsung.
Orang ramai merebut peluang bergambar dengan Najib. (Gambar Facebook)

Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan beberapa exco negeri.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu, diiiringi anakanda putera puteri baginda.

Selain menikmati juadah dihidangkan, ramai yang hadir mengambil kesempatan bergambar dengan Najib dan Rosmah yang berbaju Melayu dan baju kurung merah.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: