Bekas timbalan perdana menteri itu berkata seramai 165,000 perwakilan mengundi untuk memilih ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan bahagian masing-masing.
Zahid, yang merupakan naib presiden dan juga memangku tugas presiden menambah pemilihan kali ini adalah pembaharuan yang diperlukan Umno untuk maju ke depan selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Ini memaparkan Umno kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan.
"Inilah pembaharuan Umno sekarang. Inilah langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengajak ahli menterjemahkan laungan "Umno Bangkit" sebagai slogan supaya parti itu kekal relevan dan kukuh di hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputera.
Semalam, Zahid berkata 73 daripada 191 ketua bahagian menang tanpa bertanding dalam fasa pertama pemilihan parti.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini dilaporkan bakal dipilih sebagai ketua Pemuda Umno.
Manakala jawatan Ketua Puteri Umno bakal dimenangi Zahida Zarik Khan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan