Sabtu, 9 Jun 2018

Peguam Syahredzan Johan dilantik setiausaha politik Kit Siang

 
Syahredzan berkata lantikan itu merupakan lantikan parti dan bukan jawatan dalam kerajaan.





PETALING JAYA: Peguam Syahredzan Johan hari ini dilantik sebagai setiausaha politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Syahredzan berkata lantikan itu merupakan lantikan parti dan bukan jawatan dalam kerajaan.

“Beliau adalah seorang pemimpin veteran yang dihormati dan berpengalaman. Saya percaya saya akan banyak belajar daripada saudara Lim Kit Siang,” katanya.

Beliau yang banyak bercakap tentang isu hak asasi manusia berkata dia masih terus mengamal undang-undang sebagai seorang peguam.

Menurut laporan akhbar rasmi DAP, Roket Kini, Lim Kit Siang melantik hampir 20 orang setiausaha politik dalam lebih 50 tahun kerjaya politiknya.

Antara individu yang pernah menggalas tanggungjawab itu bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud; Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Tiada ulasan: