Isnin, 11 Jun 2018

Musa Aman antara 21 Adun tak hadir persidangan khas DUN Sabah

 
Adun berkenaan ialah 11 daripada Umno, 6 (PBS), 2 (Parti Solidariti Tanah Airku), dan masing 1 (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan 1 (Upko).


Persidangan khas DUN itu yang pertama selepas PRU14. (Gambar Bernama)


KOTA KINABALU: Seramai 21 Adun Sabah termasuk bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman tidak menghadiri Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diadakan, hari ini.

Adun berkenaan ialah 11 orang daripada Umno; 6 (Parti Bersatu Sabah); 2 (Parti Solidariti Tanah Airku); dan masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Upko.

Persidangan khas yang merupakan sidang DUN pertama selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lepas itu dimulakan kira-kira pukul 10.23 pagi tanpa kehadiran semua Adun berkenaan.

Selain pemasyhuran speaker Dewan, persidangan khas DUN Sabah itu turut menyaksikan upacara angkat sumpah seramai 43 Adun termasuk 3 Adun dilantik.

Upacara angkat sumpah itu didahului oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti 3 timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Persidangan khas itu turut mengemukakan usul undi percaya kepada Shafie sebagai ketua menteri yang dikemukakan oleh Liew yang juga menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar negeri.

Tiada ulasan: