Isnin, 11 Jun 2018

PM mahu wujudkan syarikat kereta nasional


MalaysiaGazette


xPM-tokyo
Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei) ke-24 hari ini.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
 
TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk memulakan projek kereta kebangsaan yang baharu.

Katanya, Proton yang ditubuhkan olehnya tidak lagi menjadi kereta nasional.

“Cita-cita kami adalah untuk memulakan kereta kebangsaan (baru) dengan rakan-rakan di rantau ini,” katanya, sambil menyebut negara-negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei, di sini hari ini, Dr Mahathir berkata, negara-negara ini dapat menghasilkan kereta yang bermutu dan berkualiti.

“Kami mahu akses pasaran-pasaran dunia (dengan projek kereta baru),” tambahnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: