Sabtu, 23 Jun 2018

Jamal perlekeh polis, rayu sokongan Pemuda Umno

Jamal perlekeh polis, rayu sokongan Pemuda Umno
Jamal Yunos berkata Pemuda Umno perlu memilih calon yang berani dan masih tidak ditahan oleh polis sepertinya. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
CALON ketua Pemuda Umno Jamal Yunos yang kini dalam buruan tampil dengan bangga di media sosial dan memperlekeh pihak berkuasa kerana tidak berjaya mengesan beliau sehinga kini.

Beliau berkata demikian menerusi sebuah video yang dikongsi di Facebook dan Whatsapp sempena pembukaan persidangan untuk pemilihan sayap Pemuda Umno esok.

Jamal berkata, Pemuda Umno perlu memilih calon yang berani dan masih tidak ditahan oleh polis sepertinya.

“Calon ketua Pemuda Umno jangan cakap banyak tapi kena berani di lapangan jangan bimbang kena tangkap, kena berpuluh tuduhan.

“Tapi tidak bimbang kerana sampai sekarang (saya) tidak dapat dikesan dalam radar,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Dalam video tersebut Jamal turut menunjukkan isyarat dengan tangannya bahawa pergerakan Pemuda Umno perlu memilih ketua yang mempunyai duit.

“Saya calon 06 untuk pemilihan esok. Ketua Pemuda Umno kena berani barang kena baik, jangan jadi penakut, takut bini.

“Jangan jadi lesu selain daripada itu jangan takut diri, sayangi diri, nak jadi ketua Pemuda kena ada (isyarat duit),” katanya lagi.

Selain Jamal, jawatan itu itu turut direbut Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Asyraf Wajdi Dasuki.

Jamal melarikan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu selepas membolosi tahanan reman dan polis percaya beliau kini berada di Indonesia.

Tiada ulasan: