Dalam temu bual langsung pertama Zahid di Astro Awani malam ini, bekas timbalan presiden itu berkata pendekatan "bukan konvensional" PH telah menyebabkan BN kecundang.
"Pendekatan bukan konvensional pertama ialah apabila mereka membuat keputusan untuk menggunakan hanya satu logo apabila salah satu parti bersedia untuk menggugurkan penggunaan logo roket mereka (logo DAP). Dan walaupun ada suara-suara bantahan dalam parti, mereka tetap meneruskannya," kata Zahid.
Selain itu, ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata PH menyerang hanya satu individu dengan pelbagai tuduhan tanpa henti.
"Pendapat umum telah membuat hukuman lebih awal sebelum 9 Mei itu," katanya.
Pada PRU14, PH mendakwa Najib punca kepada skandal 1MDB. Malah PH juga berkempen menyalahkan GST menjadi punca kenaikan kos sara hidup.
Dua pendekatan ini, kata Zahid, menyebabkan BN tersungkur.
"Walaupun kita tahu 60% daripada kerusi yang dipertandingkan itu berada di desa, tetapi dan 60% daripada pengundi itu datang sama ada dari dari kawasan pinggir bandar atau bandar yang pulang ke desa untuk mengundi.
"Ertinya memreka membawa minda yang lebih terbuka di mana maklumat tidak lagi diperolehi melalui bahan pembacaan, tetapi hanya melalui di hujung jari," kata Zahid.
Zahid yang akan bersaing dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada pemilihan parti miggu depan percaya kini terpulang kepadanya untuk menghidupkan semula Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan