Wartawan Watan-Online
Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam melibatkan menteri hingga setiausaha politik.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa ini dasar tersebut hanya memberi fokus kepada penjawat awam sahaja.
Justeru, beliau mengarahkan supaya Jabatan Perdana Menteri melaksanakan Polisi Tidak Terima Hadiah.
“Kalau ada sesiapa hendak beri hadiah kepada saya, saya takut kepada Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan tidak akan terima.
“Tetapi boleh beri bunga, buah dan makanan serta tidak boleh lebih daripada itu. Kita tolak kereta dan sebagainya yang diputuskan. Untuk pegawai tinggi sama juga tak boleh terima hadiah.
“Siapa yang beri, yang terima salah dan yang beri pun salah,” kata Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, pada Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan