Jumaat, 1 Jun 2018

GST berkadar sifar bagi semua produk, perkhidmatan perbankan mulai esok




KUALA LUMPUR – Bank-bank komersial konvensional di Malaysia akan mengenakan kadar sifar peratus ​Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan perkhidmatan perbankan berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018.

Sebelum ini, semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dalam kenyataan, hari ini.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk perbankan yang dibeli atau perkhidmatan perbankan yang diberikan pada atau selepas 1 Jun, 2018, orang ramai dinasihatkan menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan penjelasan,” menurut persatuan itu.-   Bernama


Tiada ulasan: