KEADILAN DAILY
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) gagal mencapai kumpulan sasar yang memerlukannya, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, walaupun inisiatif itu bagus namun ia tidak diagihkan dengan berkesan.
“BR1M bagus, RM7 bilion diperuntukkan untuknya. Bagaimanapun, sebuah keluarga yang mungkin ada lapan anak dan satu lagi keluarga ada seorang anak tapi mereka dapat jumlah yang sama.
“Ia tidak buktikan BR1M capai matlamatnya,” katanya kepada wartawan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya semalam.
“BR1M juga tidak diberikan kepada kumpulan sasaran. Ada yang berpendapatan lebih RM3,000 tetapi masih dapat BR1M,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan BR1M akan diteruskan tetapi ia akan disemak bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan itu.
BR1M juga ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan