Isnin, 25 Jun 2018

BN hilang kawan selepas tiada kuasa – Shahrir

Wartawan MalaysiaGazette
xWhatsApp-Image-2017-07-08-at-4
Shahrir Samad

JOHOR BAHRU – Keputusan Gerakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangkakan.

Ini kerana, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad, tiada siapa yang mahu berkawan dengan BN yang tidak lagi kuat serta tidak mempunyai kuasa.

Bagaimanapun ia bukan masalah bagi BN kerana komponen parti itu  diwujudkan tanpa kekerasan dan telah memegang prinsip yang sama sejak 61 tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Hari Raya Umno Bahagian Johor Bahru di sini.

Shahrir yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru berkata, UMNO sebenarnya tidak kalah kerana berjaya menguasai 54 kerusi di Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Semalam, Gerakan mengumumkan keluar daripada BN selepas  mengambil kira suasana politik semasa selepas PRU pada 9 Mei lalu.

Gerakan berkata, sentimen dan maklum balas akar umbi juga diambil kira dalam mebuat keputusan itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: