Sabtu, 23 Jun 2018

BN Akan Teliti Keputusan Gerakan – Zahid





MYNEWSHUB

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan meneliti keputusan Gerakan yang bertindak keluar daripada gabungan berkenaan setelah menerima surat rasmi daripada parti itu, kata Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Katanya beliau juga akan meminta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis untuk menghubungi Gerakan berkenaan isu tersebut.

“Saya akan melihat keputusan yang dibuat mereka secara teliti. Saya akan minta Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja untuk hubungi mereka kerana kita belum terima surat rasmi daripada mereka,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Awal hari ini, Gerakan mengumumkan akan keluar daripada BN, menjadikannya parti komponen terbaharu yang meninggalkan BN setelah menjalin perikatan selama 44 tahun, sejak 9 Mei lepas.

Jawatankuasa Pusat Gerakan dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan secara serius dan menyeluruh, dengan mengambil kira perkembangan politik semasa pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikannya gagal memenangi sebarang kerusi.

Awal bulan ini, empat parti di Sarawak, PBB, PRS, SUPP dan PDP keluar BN untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan mengumumkan pendekatan mesra kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.

Di Sabah, parti setempat iaitu PBRS, LDP, UPKO dan PBS turut keluar BN.- BERNAMA

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: