Sabtu, 16 Jun 2018

Bangunan baru Hospital Tanjung Karang mula dibina selepas tertangguh sedekad

 
   

Penduduk Tanjong Karang kini mampu menarik nafas lega apabila projek pembinaan bangunan baharu Hospital Tanjong Karang dijangka disiap sepenuhnya menjelang November 2020.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerja-kerja menanam cerucuk sudahpun bermula pada tapak projek pembinaan yang tertangguh sejak sedekad lepas.

"Dalam usaha memastikan rakyat mendapat perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik, Kementerian Kesihatan komited menaik taraf hospital ini sebagai sebuah hospital yang memiliki pakar (perubatan), selain menambah kapasiti katil pesakit.

"Hospital baharu ini bakal menjadi 'hospital pakar minor' dengan kapasiti 150 katil dan menawarkansembilan kepakaran selain kecemasan dan perubatan am, iaitu pembedahan am, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi dan rawatan kritikal, radiologi dan psikiatri," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 pesakit di Hospital Tanjong Karang sempena sambutan Aidilfitri hari ini yang turut dihadiri Pengarah Hospital Tanjong Karong Dr Mohd Zamri Wagiman.

Dr Dzulkefly berkata ketika ini kapasiti bangunan hospital asal yang dibina pada 1966 itu amat terhadberbanding keperluan perubatan dan kesihatan penduduk di kawasan sekitar.

Hospital baharu itu terletak di kawasan seluas 16.1 hektar berdekatan hospital sedia, akan menjadi pusatperubatan utama yangbakal memanfaatkan lebih 20,000 penduduk sekitar.

Anggota Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar sebelum ini berkata kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.- Bernama

Tiada ulasan: