Dia berkata peguam yang mewakili kumpulan itu meminta penangguhan tersebut kerana perlu masa untuk meneliti affidavit daripada DBKL.
“Semua affidavit difailkan dan pendengaran ditetapkan pada 13 Jun. Namun pada 5 Jun DBKL memfailkan lagi affidavit berkaitan isu trafik.
“Peguam kami perlu masa untuk bersedia, maka kami minta penangguhan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kumpulan itu menentang pembangunan di TRK dan mengheret pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd serta DBKL ke mahkamah.
Semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah agar pembangunan itu dihentikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan