Sabtu, 16 Jun 2018

12 menteri diumum lepas raya

MALAYSIA GAZETTE
PKR dilaporkan mahukan enam jawatan menteri manakala empat oleh DAP dan masing-masing satu oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).
PKR dilaporkan mahukan enam jawatan menteri manakala empat oleh DAP dan masing-masing satu oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka hanya dapat mengumumkan 12 menteri lagi selepas perayaan Aidilfitri dengan dua kementerian lama iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan.

China Press melaporkan, jadual asal pengumuman senarai penuh Kabinet tidak dapat dipenuhi kerana berlaku pertikaian dalaman.

PKR dilaporkan mahukan enam jawatan menteri manakala empat oleh DAP dan masing-masing satu oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).

Baki enam hingga tujuh jawatan pula akan dibahagikan antara rakan-rakan Pakatan Harapan yang lain.

Seperti dengan cadangan pembahagian secara sama rata, formula yang dikemukakan PKR itu juga gagal mencapai persetujuan.

Daripada nama yang diumumkan, PBBM pada masa ini mempunyai tiga wakil dalam Kabinet, DAP (empat), PAN (tiga) dan PKR (tiga).

Dr. Mahathir dijangka mengumumkan 12 nama menteri lagi termasuk untuk mengisi jawatan seperti Menteri Kerja Raya, Menteri Luar, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: