Selasa, 6 Mac 2018

Suami Ziana Zain dituduh cederakan anak

Bernama
ArminArmin Zaharin Ahmad Zambri dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk didakwa mencederakan anak lelakinya. foto Bernama

SHAH ALAM – Suami penyanyi dan pelakon terkenal Ziana Zain dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

Armin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan RM5,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin, dan 4 April untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi bertindak sebagai pendakwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: