Jumaat, 23 Mac 2018

Penubuhan PPBM Idea DAP – Bekas Pengasas

 
 



Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah idea DAP, kata bekas pengasas parti itu, Kamarulzaman Habibur Rahman.

Idea DAP itu dilontarkan dalam satu post-mortem di pejabat Dr Mahathir untuk membincangkan kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016.

“Cadangan telah dibuat oleh ahli mesyuarat itu termasuk DAP yang mengatakan bahawa jika kita (PH) mahu menang, kita kena pecahkan undi Melayu, kita kena pastikan UMNO menjadi lemah.

“Kalau orang bertanya saya siapa yang menubuhkan (PPBM), bukan Tun (Dr Mahathir) yang menubuhkan, bukan juga (Tan Sri) Muhyiddin yang menubuhkan. Yang menubuhkan (PPBM) termasuk juga DAP.

“DAP yang mencadangkan agar sebuah parti ini (PPBM) ditubuhkan,”kata Kamarulzaman dalam program “SEMBANG ONLINE – Klentongkrasi Pembangkang” anjuran Utusan Online

Tambahnya, sebab itu pemimpin-pemimpin tertinggi PPBM sampai sekarang tidak berminat untuk memperkasakan parti di peringkat cawangan.

Usaha DAP memecahbelahkan parti-parti Melayu turut disokong oleh jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

“DAP satu parti oppurtunis..Tadi cikgu (Kamarulzaman) mengatakan DAP lah tangan di belakang yang menggerakkan penubuhan Pribumi Bersatu (PPBM).

“Sebenarnya DAP bukan setakat (menubuhkan) Bersatu sahaja, (parti) Amanah pun, DAP adalah penggerak di belakangnya…yang memberikan sokongan, dokongan dan kewangan,”katanya



Tiada ulasan: