Jumaat, 23 Mac 2018

Doa Ustaz Dusuki Bakal Runtuhkan Pakatan Harapan




Penggantungan tauliah mengajar dan berceramah terhadap ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bukan melemahkan PAS, malah meniup gelombang sebaliknya, bakal meruntuhkan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Menurut penyokong akar umbi PAS, Mohd Ibnu Noor, sebaik sahaja tauliah ustaz Dusuki ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), disebabkan isu doa “meleburkan pakatan yang jahat”, ia telah merebak secara meluas di kalangan pengundi Melayu-Islam.

“Yang mengejutkan, ia bukan sahaja dibicarakan di kalangan orang politik, bahkan turut golongan atas pagar, golongan pelajar mahasiswa, pencinta-pencinta majlis-majlis ilmu, bahkan rakan-rakan non-politics Muslim yang tidak minat politik pun turut membicarakan isu ini,”katanya dalam Facebook.

Pada 18 Mac lalu, ustaz Dusuki membacakan doa yang memohon pertolongan Allah agar meleburkan “pakatan yang jahat” sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran kisah “meleburkan tentera-tentera ahzab”

Doa itu dibacakan selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor.

“Isu ini akan memberi kesan dan impak negatif yang sangat besar terhadap imej dan maruah PH.

“Pemimpin dan penyokong PAN/PH boleh teruskan berseronok dgn isu ini, boleh bergembira melihat musuhnya (ustaz Dusuki) disekat berceramah di Selangor. Tapi mereka tidak sedar, bahawa mereka juga sedang menggali kubur mereka sendiri.

“Inilah BALA BESAR yang bakal ditanggung PAN/PH Selangor menjelang PRU nanti, percayalah!,”kata Ibnu Noor lagi.

Tiada ulasan: