Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan pada masa
ini, masih tidak dapat diproses.
Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim
berkata ia berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), satu
daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan
menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam
notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
“Dengan ini Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan
buat masa ini masih tidak dapat diproses,” katanya dalam kenyataan, di
sini hari ini.
Pada 9 Mac lepas, ROS dilaporkan
mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996
kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan
maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.
Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk
kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit
mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan
parti.
Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan