Sabtu, 24 Mac 2018

MALAYSIAN ACCESS


GST


Bolehkah seseorang mengubah kenaikan harga dengan hanya menghapuskan GST atau cukai kadar sifar di dalam GST? Adakah golongan berpendapatan rendah akan menyaksikan penurunan kos hidup yang ketara jika kita menghapuskan GST?

Namun bagaimanapun, jawapannya untuk ketiga-tiga persoalan tersebut sebagaimana yang akan kita saksikan ialah ‘tidak’. Ini membawa kepada persoalan mengapa pihak pembangkang masih menggunakan andaian lama dan tidak tepat ini agar rakyat bangkit dan terkesima dengan andaian tersebut.

Ini adalah kerana kajian mereka mendapati kenaikan kos hidup merupakan salah satu isu besar untuk pilihanraya kelak. Oleh itu, pakar-pakar dakyah mereka – benar, pihak pembangkang juga ada kepakaran seperti ini – mungkin berpendapat dengan mempermainkan isu GST akan membangkitkan perasaan marah rakyat. Tidak apalah kerana perkara ini tidak tepat sebenarnya. Cakap memang senang.

Menggunakan isu GST kini telah memberikan kesan balas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin kanan DAP Lim Guan Eng telah mengkiritik dengan hebat sambil menyeru, menyanyi dan berjoget dengan lagu berbaur GST bersama dengan kanak-kanak.

Lim mempertahankan perkara ini semenangnya begitu meloyakan dengan berkata BN mengamalkan pilih kasih apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO bertindak lebih teruk lagi di sekolah. Adakah ini bermakna tindakan Lim ini lebih baik dari apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik dari BN? Pada masa kini beliau sepatutnya sedar bahawa rakyat mahukan agar beliau berkelakuan lebih baik.

Tetapi kebenarannya mungkin lebih baik jika ditentukan sendiri oleh rakyat. Ada satu perkara yang baik untuk diceritakan. Dalam apa keadaan pun, jika seseorang mahu menjadi lebih baik dan jujur berbanding dengan orang BN sedangkan diri sendiri pun mencuba dan menang di dalam pilihanraya nanti dengan memberikan cerita-cerita yang tidak benar? Sudah tentu cakap tidak serupa bikin.

Namun demikian, adakah GST bertanggungjawab kepada kenaikan harga sekarang ini? Tidak, kerana GST telah dilaksanakan pada 1 April 2015. Malahan, setahun genapnya pelaksaannya ialah pada tahun 2016. Kebanyakan kenaikan harga berlaku pada tahun 2015 kerana GST telah dilaksanakan pada 9 bulan pertama. Tidak dapat disangkal lagi GST bukan lagi yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

Pada tahun 2017, harga barangan meningkat dan juga kenaikan kos hidup – pendapatan tidak bertambah, sementara harga barangan naik – orang ramai mengalami masalah ini bukan lagi kerana GST. Dalam pada itu juga, sejumlah barangan dan perkhidmatan telah dikecualikan dari GST, dan ini bermakna kenaikan harga bukanlah kerana GST. Ini termasuklah hampir semua barangan asas yang digunakan oleh rakyat, kos pengangkutan, beberapa perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain lagi.
Mengapa Perlu Berpatah Semula?

Malahan GST ialah cukai yang cekap iaitu cukai berasaskan kepada penggunaan – bagi mereka yang menggunakannya lebih, maka akan membayar lebih, tetapi tidak kepada barangan asas dan perkhidmatan yang telah dikecualikan GST. Ini akan menyebabkan bagi mereka yang terlepas dari membayar cukai selama ini akan dikenakan cukai apabila menggunakannya kerana golangan berpendapatan tinggi akan menggunakannya dengan lebih banyak manakala berpendapatan rendah terselamat kerana masih banyak barangan dikecualikan dari cukai.

Bukan sahaja pendekatan oleh pembangkang ini kelihatan tidak realistik, malahan ianya kelihatan juga tidak membantu golongan pendapatan rendah walaupun menaikkan cukai dari golongan pendapatan tinggi bagi membantu proses pencukaian baru ini. Pihak pembangkang menolong golongan mana dengan menghapuskan GST ini? Golongan pendapatan rendah? Sudah pasti tidak.

Dengan menghapuskan GST akan menyebabkan harga barang turun? Kemungkinan besar tidak kerana golongan pendapatan rendah yang menggunakan barangan asas tidak akan menyaksikan penurunan harga walaupun tiada GST dikenakan ke atas barangan tersebut. Apa yang berlaku ialah walaupun harga barang pengguna mungkin, saya ulang semula, mungkin turun secara perlahan-lahan bagi tujuan penyesuaian dan tidak mungkin akan turun secara mendadak.

Harga barangan akan turun hanya melibatkan item yang mana harganya telah dipastikan dengan jelas seperti – kereta atau harga makanan di restoran. Walaupun begitu, ramai yang akan terus menaikkan harga dengan alasan kos juga semakin meningkat. Oleh itu, penarikanbalik GST berkemungkinan besar hanya memberi kesan yang sedikit sahaja penurunan harga barangan dan sudah pasti tidak dapat dinikmati oleh orang kebanyakan.

Adakah juga golongan pendapatan rendah akan melihat penurunan kos hidup jika GST ditarik balik? Sudah pasti tidak. Pihak pembangkang sibuk memukul canang mengenai perkara ini yang sebenarnya adalah tidak benar – benar, kenaikan kos adalah suatu isu tetapi bukan kerana GST yang menyebabkan kenaikan kosnya selepas pelaksanaannya.

Kerja-kerja asas telah dilaksanakan dan hasil dari GST telah dikutip. Sebarang kesilapan telah berjaya di atasi. Lebih dari 160 buah negara di seluruh dunia ini telah melaksanakan GST. Mengapa pula mahu berpatah ke belakang dan menghapuskannya? Banyak lagi perkara yang pihak pembangkang boleh lakukan.

*Artikel ini ditulis dan disumbangkan oleh pembaca Malaysian Access iaitu P.Gunasegaram


Tiada ulasan: