Jumaat, 2 Mac 2018

Laporan palsu blogger upahan makan diri, hubungan UMNO – MCA retak


Roketkini.com

Pendedahan seorang blogger upahan tentang hartawan Tan Sri Robert Kuok kononnya bersekongkol dengan DAP untuk menggantikan kerajaan sedia ada akhirnya mencetuskan perbalahan dalaman parti-parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Tatkala pemimpin UMNO menyifatkan hartawan berjasa itu sebagai ‘tidak kenang budi’, ‘pondan’, ‘ayam betina’ dan sebagainya, sekutu rapat UMNO iaitu MCA tidak senang dengan tindak tanduk itu.

Pertelingkahan UMNO – MCA yang semakin rancak ini menyebabkan hubungan mereka semakin terjejas sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengawal keadaan.

Di sebalik perbalahan ini, apa yang jelas, MCA gagal menghentikan serangan berterusan UMNO terhadap jutawan berkenaan.

Mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata konflik itutelah menyebabkan masyarakat Cinanegara ini semakin tidak puas hati kepada MCA.

Lebih membingungkan, serangan bertalu-talu pemimpin UMNO terhadap Robert Kuok hanyalah berasaskan berita palsu seorang blogger upahan.

“Mungkin MCA okay dengan berita palsu jika ia mengenai DAP.

“BN dan MCA gagal mendapatkan menteri-menteri Umno – ramai di kalangan mereka – yang menyerang Kuok berdasarkan berita palsu untuk memohon maaf kepadanya.

“Kenapa mereka tidak boleh melakukannya? Ini menunjukkan bahawa MCA tidak relevan dan tidak berkuasa dalam cabinet,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu sideang media.

Realitinya, Robert Kuok merupakan antara individu yang berjasa kepada kedua-dua parti UMNO-MCA apabila beliau sendiri mengakui bahawa pernah memberi sumbangan dana politik kepada kedua-dua parti itu sebagaimana yang tercatat dalam buku memoirnya.

Guan Eng berkata, hartawan itu bukanlah satu-satunya mangsa kerana DAP turut diheret dan diserang hanya berasaskan laporan berita palsu. – Roketkini.com


Tiada ulasan: