Jumaat, 9 Mac 2018

Farid Kamil didakwa lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini mendakwa pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, ekoran membuat laporan palsu dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah dalam minumannya.
 
Farid Kamil atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepadanyadi hadapan Majistret Salamiah Salleh.
 
Mengikut pertuduhan, Farid Kamil didakwa telah mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan keterangan tidak benar yang mana laporan tersebut boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan tersebut.
 
Pelakon filem J Revolusi itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, di sini pada pukul 5.54 petang, 31 Januari lalu.
 
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.
 
 

Tiada ulasan: