JELEBU: Bayi perempuan sembilan bulan maut selepas tercampak keluar
dari kereta dipandu ibunya yang terbabit kemalangan jalan raya di
Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal
Jenal, berkata kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku pada
jam 7.30 malam.
Katanya, ketika kejadian Toyota Vios yang dipandu Lim Hui Chee, 25,
dalam perjalanan pulang ke rumah di Titi dari arah Seremban.
"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa terbabas ketika
mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar
sebuah Honda Civic dari arah Kuala Klawang.
"Kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah Proton Saga juga dari arah Kuala Klawang.
"Akibat kemalangan itu bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku
bapanya, Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar dari kereta ke tengah
jalan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan