Hafiz Marzukhi dan Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani
"Pada masa ini, media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat.
"Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen ke-13 hari ini di Dewan Rakyat.
"Kewangan kerajaan juga dijangka lebih kukuh, disumbang oleh kutipan hasil lebih tinggi, pertumbuhan perbelanjaan yang sederhaa dan defisit fiskal disasarkan terus berkurangan.
"Negara juga masih kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan dan dijangka dapat menarik pelaburan lebih tinggi pada tahun ini. Diharapkan momentum prestasi positif ini dapat dikekalkan," titah Baginda.
Persidangan Parlimen akan diteruskan pada hari Selasa dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga.
Ini akan diikuti perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu keempat dan kelima.
Antara yang menarik dan boleh dijangka pada sesi kali ini adalah kemungkinan pembentangan tentang rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Ia dijangka diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan ia diguna pakai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan