SELANGOR KINI
SHAH
ALAM : Seramai 76 petugas Jabatan Anestesiologi, Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengalami keracunan makanan sejak Rabu lalu
selepas menikmati makanan yang disediakan oleh katerer swasta dari luar
hospital.
Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming, yang mengesahkan
insiden tersebut, berkata siasatan awal mendapati kemungkinan punca
keracunan adalah makanan yang disajikan selepas mesyuarat jabatan pada
hari berkenaan.
“Beberapa daripada petugas dimasukkan ke wad.
Pengurusan hospital bersama-sama dengan pasukan klinikal telah
menguruskan keadaan dengan baik bagi memastikan operasi hospital
berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau
berkata semua semua pembedahan kecemasan dan perkhidmatan rawatan
intensif tidak terjejas berikutan hanya Jabatan Anestesiologi yang
terjejas.
“Beberapa pembedahan elektif yang dijadual semalam dan hari ini ditangguhkan,” katanya.
Bagaimanapun,
Dr Ding berkata dengan bantuan dan kerjasama berpasukan yang hebat
daripada semua pihak yang terlibat membolehkan perkhidmatan bilik bedah
kini sudah kembali seperti biasa.
Menurutnya, pihak berkuasa yang
relevan daripada Kementerian Kesihatan akan melakukan langkah-langkah
pemulihan yang wajar sementara menunggu keputusan siasatan penuh.SUMBER: BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan