DETIKDAILY
KOTA BHARU: Sekurang-kurangnya lima saman sedang menunggu Pengerusi PH
Kelantan, Husam Musa berikutan pelbagai dakwaan fitnah terhadap kerajaan
negeri dan PAS.
Oleh itu Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Adun PAN
terbabit ‘jangan lari’ daripada menerima notis saman nanti.
“Sebelum ini ada notis daripada peguam yang mahu disampaikan kepadanya
tidak mahu diterima,” katanya pada ceramah jelajah Bangkit Pertahan di
Kampung Badang malam tadi.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Nassurudin
Daud, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Dr Izani
Hussin, Adun Chempaka, Ustaz Fathan Mahmood, Adun Kijang, Wan Ubaidah
Omar dan Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Md Azmi Nor.
Tahun lepas wakil pejabat peguam gagal menyerah notis mengosongkan Wisma
Tok Guru di Pendek Salor, yang dibeli PAS daripada pemiliknya.
Wisma tersebut pada awalnya sebagai Pusat Khidmat PAS Dun Salor,
bagaimanapun bertukar menjadi pusat khidmat PAN selepas Husam menyertai
parti tersebut.
Berikutan kegagalan itu notis pengosongan beberapa kali dihantar namun
gagal, menyebabkan notis ditampal di pagar pada 12 Oktober lepas.
Terbaru Adun PAN terbabit dilapor mendakwa sebuah syarikat belum wujud
dianugerah tender bagi mereka bentuk projek bekalan air di Kelantan.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan