SETELAH mendapat
penjelasan daripada YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang
bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, maka saya dengan ini ingin
memaklumkan bahawa:
1. PAS menyatakan pendirian tidak
bertanding dalam PRK Dun Semenyih dan memberi laluan kepada wakil
pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar
penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.
Ini selaras dengan pendirian konsisten
PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya
di samping PAS mengekalkan hubungan dengan Umno atas dasar perpaduan
ummah dan solidariti pembangkang;
2. Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample)
diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan YAB. Tun
Dr. Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan
bangsa sehingga PRU15; dan
3. Persetujuan turut dicapai untuk
menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat federalisma di
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan serta
Terengganu, khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan
pemberian royalti.
Sekian untuk pemakluman.
Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung
Bertarikh: 17 Februari 2019 / 11 Jamadil Akhir 1440 – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan