Selasa, 26 Februari 2019

Tol diambil alih secara berperingkat – Azmin

KEADILAN DAILY

 azmin ali


Putrajaya akan mengambilalih tol secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempertikaikan sebab kerajaan tidak mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya milik Plus Malaysia Berhad (PLUS).

“Yalah, satu persatulah. Kamu (wartawan) kata tadi beban kewangan besar.

“Kamu pun, jangan percaya Umno sangat. Bila kita ambil alih empat (syarikat konsesi) dia kata kita tak ada kemampuan. Kemudian nak suruh ambil satu lagi? Jadi? Mana satu ni?” katanya menjawab soalan wartawan tentang perkara itu semalam.

Beliau memberi maklum balas tersebut selepas ceramah isu-isu semasa di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih malam tadi.

Katanya lagi, rundingan iasanya memakan masa dan pihak yang berkepentingan dalam hasil rundingan itu perlu bersabar.

“Kerana ini manifesto, jadi kita bincang dalam kabinet dan ini adalah proses yang mengambil masa.

“Apabila saya hendak mengambil alih syarikat air di Selangor (ketika menjadi menteri besar), itu pun mengambil masa hampir sepuluh tahun.

“Sebab kena fikir implikasi kewangan, soal perjanjian yang telah ditandatangani, sebab itulah ia memerlukan satu proses rundingan,” katanya.

Putrajaya semalam mengumumkan yang ia sedang berunding dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya syarikat itu.

Pengambilalihan daripada pengendali lebuh raya itu bertujuan menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada dan dan menggantikannya dengan caj kesesakan.

Melalui kaedah itu, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan.

Empat lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Tiada ulasan: