Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa menegaskan, kerjasama dan permuafakatan di antara kedua-dua parti bukan sahaja diteruskan malah akan diperkasakan lagi.
Dalam konteks kempen PRK Semenyih pula, UMNO katanya berpuas hati dan bersyukur dengan kerjasama erat oleh PAS selain menjadi medan untuk mencari titik permuafakatan yang lebih baik berbanding pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini.
“Akhir-akhir ini terdapat pelbagai usaha kalangan tertentu cuba menimbulkan kesangsian berhubung kerjasama dan muafakat UMNO-PAS.
“Tujuannya adalah jelas yaitu menyekat kebangkitan rakyat dan kemaraan kedua-dua parti terbesar ini dari terus memenangi pilihan raya, khasnya PRK DUN SEMENYIH yang sedang berlangsung sekarang.
“Kita sedar muafakat dan kerjasama UMNO-PAS adalah satu satunya jawapan dan penawar bagi kebejatan politik nasional kini khususnya dalam konteks penyatuan dan kesatuan umat Islam dan orang Melayu/Bumiputera dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan