Rabu, 27 Februari 2019

Rayuan kes isu ‘bin Abdullah’ ditetapkan untuk pengurusan kes 21 Mac

 THE MALAYSIAN TIMES
 



PUTRAJAYA: Rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lain berhubung isu ‘bin Abdullah’ ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 21 Mac kerana kerajaan sedang berusaha menyelesaikan kes berkenaan melalui pendekatan lain selain prosiding mahkamah.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri Islam terbabit, yang memohon untuk menukar perkataan ‘Abdullah’ sebagai bin untuk nama anak lelaki mereka kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran, berkata kerajaan sedang cuba menyelesaikan perkara berkenaan kerana keputusan dalam rayuan itu akan membawa implikasi jauh lebih besar terhadap kes serupa di negeri lain.

Pengurusan kes rayuan JPN dan dua pihak lain itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Norhafizah Zainal Abidin di dalam kamar hari ini.

Tiada ulasan: