Isnin, 25 Februari 2019

PH terdesak umum “cadangan” tol semasa PRK Semenyih – Najib

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyoal pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini.

“Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tak boleh sangkal apa yang saya tulis bahawa janji manifesto PH untuk hapuskan tol telah dicapatikan.

“Dia kata wartawan itu terlalu banyak baca FB saya.

“Selepas itu, dia kata kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri kerajaan PM tentang tol minggu lepas itu “hanya cadangan sahaja”.

“Dia kata itu belum lagi dimuktamadkan. Masih perlu kaji.

“Katanya, semua cadangan akan diteliti dan semuanya akan dimuktamadkan oleh pemegang taruh termasuk Gamuda Berhad.

“Serius saya tak faham.

“Jika sekadar cadangan sahaja dan belum dimuktamadkan, mengapa kerajaan PH terdesak sangat untuk umumkan “cadangan” tol ini semasa PRK Semenyih?

“Siap melalui kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.

“Ini satu lagi cubaan “dedak” pilihanraya ke? Of course, BERSIH akan terus senyap.

“Ataupun PH sedang menyediakan jalan untuk mereka membuat satu lagi U-Turn, J-Turn, W-Turn ataupun S-Turn pada masa depan?” soal Najib.

Sabtu lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan kerajaan sudah pun memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat terbabit mempunyai pegangan majoriti.

Menurut kenyataan itu, kerajaan berhasrat untuk memansuhkan mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan.

Berdasarkan kenyataan itu, ‘congestion charge’ atau caj kesesakan akan diperkenalkan, yang mana pengguna akan hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Semasa tempoh ‘off-peak’ (luar waktu puncak) antara 11 malam dan 5 pagi, penggunaan lebuh raya adalah percuma. Bagi penggunaan waktu biasa, pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.


Tiada ulasan: