RIUH rendah seketika
suasana politik tanah air ekoran kunjungan hormat YB Dato’ Seri Tuan
Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru-baru ini.
Budaya politik matang dan sejahtera yang
digagaskan oleh PAS meletakkan PAS dalam gerakan politik yang lebih
terbuka dan dinamik.
Konsistensi PAS dalam memperjuangkan
Islam telah mempertajamkan rencana semasa perjuangannya dalam menghadapi
1001 kemungkinan di pentas politik tanah air.
Pada 12 FebruarI yang lalu, kita
dikejutkan dengan kenyataan berani dan terbuka YAB Tun Mahathir dengan
penegasan bahawa beliau akan tukar parti lain jika ada kompenan PH yang
belot kepada negara.
Tentu sahaja kenyataan YAB Tun itu
mempunyai latar belakang yang sangat nyata dan menghimpit beliau sebagai
ketua kerajaan pada masa ini.Saya
percaya YAB Tun mula terasa lemas dan rimas dengan sikap parti-parti
komponen PH sekarang khasnya DAP dan PKR dari team Dato’ Seri Anwar
Ibrahim yang dilihat sebagai saingan beliau untuk mengambil kerusi
Perdana Menteri.
YAB Tun kelihatan seperti keseorangan
dalam PH untuk mempertahankan beberapa dasar dan polisi yang melibatkan
kepentingan umat Islam dan bangsa melayu di Malaysia. (Sebagai contoh,
isu ICERD, isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan, isu pengijtirafan UEC dan
lainnya.)
Pihak kepimpinan PAS kini menghidu gerakan terancang untuk menjatuhkan YAB Tun selaku Perdana Menteri sebelum PRU15 akan datang.
Tentu sahaja gerakan itu mendatangkan
kedudukan yang lebih mudarat kepada kepentingan Islam dan bangsa Melayu
jika mereka berjaya melakukannya terutama setelah dilihat bagaimana
dominasi DAP dalam PH hari ini.
Justeru itu, PAS tampil juga dengan
langkah terbuka dan berani memperakui sokongan parti secara bertulis
kepada kepimpinan YAB Tun agar YAB Tun terus memimpin negara sehinggalah
PRU15 kelak.
Sikap yang diambil oleh PAS ini adalah atas prinsip menjaga dan mempertahankan kepentingan Islam di negara ini.
Sementara sikap semasa PAS di Semenyih
dalam menghadapi PRK kali ini adalah mengekalkan semangat solidariti
pembangkang dan PAS telah menurunkan 2 orang Naib Presidennya,
Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan AJK PAS
Pusat di samping PAS Negeri Selangor pastinya turun membantu BN.
Insya-Allah, saya selaku Ketua
Penerangan PAS juga akan turun sedikit masa lagi atas semangat yang
serupa dalam koalisi pembangkang yang baik sekali gus memurnikan makna
demokrasi negara.
PAS Konsisten Pertahan Islam.
*NASRUDIN HASSAN,Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan