Jika Ahli Parlimen Port Dickson itu lambat bertindak, tidak mustahil hanya tinggal beliau bersama anaknya Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah dan isterinya Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin ketika membuat gesaan itu berkata, mungkin ada sebahagian besar Ahli Parlimen dari DAP, saki baki PKR dan beberapa kerat dari Barisan Nasional (BN) yang tidak menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad dan barisan pimpinan UMNO bersama Anwar.
Menurut beliau yang lebih dikenali dengan nama CheguBard, sangat jelas PPBM kini sedang mengukuhkan pengaruhnya dalam Parlimen dengan fasa pertama kemasukan tujuh Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.
Katanya, menjelang persidangan Parlimen Mac ini, PPBM dijangka mendapat sekurang-kurang 30 kerusi lagi dengan kemasukan Ahli Parlimen (MP) UMNO dan ditambah dengan parti sedia ada, Warisan sebanyak sembilan MP, UPKO (satu), GPS (19), Pas (18) dan PKR (19).
“Gabungan ini dijangka mendapat sokongan dari Parti Amanah Negara (PAN) yang memihak kepada Dr. Mahathir menyebabkan PPBM diramal mendapat sekurang-kurangnya 148 kerusi.
“Jumlah ini bakal menguasai dua pertiga kerusi Parlimen. Jika Anwar lambat bertindak, impiannya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan tidak tercapai,” katanya.
Jelas CheguBard, Pas dari awal lagi sudah menyerahkan surat akuan bertulis menyatakan sokongan penuh kepada Dr. Mahathir jika berlaku sebarang undi tidak percaya kepada perdana menteri itu dalam Parlimen.
“Dr. Mahathir mahu Pas umumkan, maka beliau sengaja jolok Pas kononnya tidak akan sokong BN di DUN Semenyih. Lalu, Pas gelabah dan terus umum pendiriannya.
“Pandai Dr. Mahathir beri amaran kepada Anwar melalui penjelasan Pas. Cuma Pas tidak berani menjelaskan secara terang mereka menyokong Pengerusi PPBM itu.
“Tetapi ini langsung tidak menjejaskan sokongan kepada UMNO sebab majoriti UMNO pun sedang berunding dalam bentuk gabungan baru dalam kerajaan tanpa Anwar dan DAP,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan