Sabtu, 23 Februari 2019

PRK DUN Rantau: Anak jati jadi pilihan, Dr Streram ditolak

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEREMBAN: Badan Bertindak Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Pengerusinya Zuljimmykifli Sahari turut berkata Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Saparin Musa harus diberi keutamaan sebagai calon PRK Rantau.

Zuljimmykifli berkata Streram yang juga Penyelaras DUN Rantau itu, bukan anak jati DUN Rantau dan dikhuatiri akan ditolak pengundi tempatan sekiranya menjadi calon.

Katanya pucuk pimpinan harus memilih calon tempatan dan anak jati kelahiran DUN Rantau yang lebih dikenali, berbanding calon sebelum ini.

“Majoriti pengerusi MPKK serta ketua kominti kaum Cina dan India di dalam DUN ini menolak calon lain yang tidak dikenali.

“Justeru itu, Badan Bertindak Jentera Pilihan Raya PH DUN Rantau menyatakan sokongan penuh kepada Saparin sebagai calon PH bagi PRK kali ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Tiada ulasan: